Demi Palestin, Wanita Indonesia Ajak Goda Tentera I.s.r.a.x.l

Konflik Israel dan Palestin yang bermula dalam bulan Ramadan yang lalu telah mengakibatkan jumlah kematian dan kemusnahan harta benda yang besar kepada dua-dua pihak.

 

Keganasan tentera Israel terhadap rakyat awam Palestin telah mencetuskan sokongan hebat dari seluruh dunia tidak mengira jantina dan latar belakang.

 

Menurut laporan laman berita, Suara.com seorang wanita di Indonesia menjadi tular di media sosial apabila berikrar untuk melancarkan ‘serangan’ terhadap tentera Zionis dengan cara menghancurkan rumah tangga mereka.

 

Wanita yang menggelar dirinya ‘pelakor’ atau perampas laki (suami) orang itu membuat kenyataan dalam sebuah video di TikTok yang kini tular dengan pelbagai komen yang diterima daripada pengguna lain.

 

Pengguna bernama @cintadamai.14 itu memuat naik video yang memaparkan pengakuan dirinya yang mendakwa dia dan kumpulan pelakor Indonesia yang lain bersiap sedia untuk melancarkan serangan melawan tentera Israel.

 

Tulis wanita berkenaan pada video tersebut, “Saya dan pelakor wanita lain bersiap sedia untuk dihantar ke Israel bagi menghancurkan rumah tangga mereka.”

 

 

Kempennya itu mendapat sokongan pengguna TikTok lain bernama Melint Yualfa. Melint mengaku marah dengan kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang ditindas sejak tahun 1948.

 

Melalui akaun TikToknya, @inggridqueen_ dia mengajak para wanita Indonesia untuk menghancurkan rumah tangga tentera Israel.

 

“Saya dan pelakor Indonesia bersedia untuk dihantar ke Israel untuk menghancurkan rumah tangga tentara Israel,” tulisnya di video.

 

 

Latest article

More article