- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoDipecat, Tajudin Kata Dia Tak Rugi Apa-Apa

Dipecat, Tajudin Kata Dia Tak Rugi Apa-Apa

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah dipecat dari jawatan  pengarah pilihan raya parti UMNO Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

 

Pengumuman pemecatan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan oleh Ahmad Zahid dan kekosongan tersebut diganti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

 

Semasa mengumumkan pertukaran jawatan itu Ahmad Zahid berkata penyusunan semula struktur parti dibuat bagi mengukuhkan parti di semua peringkat.

 

Menurut satu kenyataan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata dia menerima keputusan dibuat presiden Umno itu dengan hati terbuka.

 

Pun begitu dia tidak dapat memastikan jika penyingkiran itu disebabkan presiden Umno terbabit ada masalah dengannya.

 

“Saya tak ada masalah masalah dengan presiden, (tapi) kalau presiden ada masalah dengan saya, tak tahulah. Kalau nak tahu, kena tanya presidenlah,”

 

Kata Tajuddin dia yakin Mohamad dapat mengalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya dengan baik bagi membolehkan jentera parti bergerak dengan berkesan.

 

“Saya tak ada rasa nak marah atau geram, saya happy saja. Saya ada banyak kerja lain nak buat. (Apabila) ambil balik tugas, saya lega,” katanya.

 

Ditanya sama ada pemecatannya sebagai pengarah pilihan raya dibuat selepas audio mengenainya tersebar semalam, Tajuddin menafikan ia ada kaitan sebaliknya menganggap ia sekadar satu kebetulan.

 

Difahamkan pemecatan tersebut dibuat selepas beberapa hari kritikannya semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada Rabu lalu.

 

Satu rakaman suara tular yang dikaitkan dengan Tajuddin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno membantah keputusan parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

 

Dalam rakam audio yang tular itu, Tajuddin memberitahu sekarang bukan masa sesuai untuk Umno menarik sokongan dan dia risau keputusan itu akan merosakkan parti.

 

Tajuddin juga berkata Umno berada dalam keadaan tidak bersedia jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

 

Menurut Tajuddin sepanjang tempoh memegang jawatan pengarah pilihan raya Umno Malaysia, dia memberikan khidmatnya secara ikhlas demi parti.

 

“Saya tak kisah pun (disingkirkan), saya tak rugi apa-apa. Saya berkhidmat ikhlas kerana parti. Saya buat kerja sebelum ini pun guna duit sendiri, saya buat himpunan penyatuan ummah pun guna duit sendiri, saya berkorban demi parti.

 

“Tok Mat (Mohamad) dah ambil alih, baguslah. Dia timbalan presiden tak ada masalah, harap dia boleh bantu jentera,” katanya lagi

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme