- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
SihatFaktor Risiko bagi Masalah Penglihatan

Faktor Risiko bagi Masalah Penglihatan

Kajian Mata Kebangsaan yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 menunjukkan bahawa prevalen masalah buta kedua belah mata adalah 0.29% dan penglihatan terhad adalah  2.4 %.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa prevalen masalah buta di kalangan kanak-kanak ialah 0.05 % dan meningkat kepada 4.77 % di kalangan warga emas berumur 70 tahun dan ke atas.

Kejadian masalah penglihatan terhad meningkat dengan ketara di kalangan warga emas berumur 70 tahun dan ke atas.

Katarak, masalah rabun, penyakit retina, glaucoma dan penyakit kornea merupakan di antara penyebab utama buta dan masalah penglihatan terhad.  Kebanyakan punca masalah penglihatan boleh dicegah dan mudah dirawat di Malaysia.

Sesetengah punca yang menyebabkan masalah penglihatan adalah berkaitan dengan faktor risiko yang spesifik. Faktor-faktor risiko yang dikenal pasti semasa saringan penglihatan dapat membantu mencegah dan mengesan penyakit dengan lebih awal.

Apakah faktor-faktor risiko bagi masalah penglihatan?

Faktor-faktor risiko untuk masalah penglihatan bergantung kepada  masalah mata yang spesifik.  Di antara masalah mata yang sering dialami ialah seperti berikut.

1) Presbiopia

Presbiopia adalah satu keadaan yang disebabkan oleh proses penuaan semulajadi. Ianya terjadi apabila daya tumpu kepada objek dekat berkurangan.

Tanda-tanda awal presbiopia ialah ketegangan mata, masalah melihat di dalam cahaya suram dan membaca perkataan kecil.

Faktor risiko presbyopia ialah:

  • Umur lebih 40 tahun.

  • Rabun dekat.

  • Wanita.

  • Kecederaan mata

  • Diabetes

  • Alkohol dan ubatan seperti anti-depressant, anti-histamine.

  • Terdedah kepada suhu tinggi dan pancaran sinar ultraviolet.

2) Katarak

Katarak terjadi apabila kanta di dalam mata menjadi kelabu dan menghalang cahaya difokuskan ke atas retina. Tanda-tanda katarak ialah penglihatan menjadi kabur. Pesakit  juga menghadapi masalah memandu ketika waktu malam akibat cahaya silau.

Faktor risiko untuk katarak:

  • Umur –  Lebih  50 % daripada golongan  warga emas yang berumur 70 tahun mengalami masalah katarak

  • Diabetes

  • Pengambilan alkohol berlebihan

  • Trauma

  • Sejarah keluarga

  • Terdedah kepada sinaran matahari dan pancaran ultraviolet

  • Rawatan steroid

  • Uveitis (jangkitan uvea)

3) Glaukoma

Glaukoma terjadi apabila tekanan di dalam bebola mata meningkat. Pesakit akan mendapati pandangan sisi mengurang. Pesakit juga akan mengalami sakit mata yang teruk, mata merah, loya dan sakit kepala sekiranya mengalami glaukoma sudut tertutup.

Faktor risiko untuk glaucoma:

  • Rabun dekat

  • Rabun jauh

  • Sejarah kecederaan mata

  • Sejarah uveitis (jangkitan uvea)

  • Diabetes

  • Sejarah keluarga glaukoma

  • Sejarah rawatan steroid berpanjangan

 

Apakah yang anda perlu lakukan jika anda mempunyai faktor risiko?

Anda digalakkan untuk menjalani saringan mata dan pemeriksaan mata menyeluruh secara berkala atau setahun sekali.

Jika anda mengalami diabetes, anda perlu menjalani saringan penglihatan dan pemeriksaan mata semasa pertama kali dikesan dan setiap tahun. Diabetes boleh menyebabkan kerosakan retina yang boleh dicegah sekiranya dirawat awal. Rawatan masih boleh diberikan bagi melewatkan atau menghentikan kerosakan sekiranya kerosakan retina telah pun berlaku semasa saringan.

Di manakah saringan penglihatan dijalankan?

Saringan penglihatan boleh dijalankan di klinik kerajaan atau swasta. Anda juga boleh menjalani saringan penglihatan di kedai yang mempunyai perkhidmatan optometri.  Anda perlu membawa kacamata bersama untuk tujuan penilaian.

Rujukan

1.         K.Y Loh, J. Ogle Age Related Visual Impairment in Elderly Med J Malaysia Vol 59 No 4 Okt 2004
2.         M Zainal, SM Ismail, AR Ropilah, H Elias, G Arumugam, D Alias, J Fathilah Prevalence of blindness    and low vision in Malysia population: results from the National Eye Survey 1996 Br J Ophthalmol 2002: 86: 951 – 956.
3.         BE Klein, Klein R, Lee KE: Incidence in age- related cataract: The Beaver Dam Eye St Arch Ophthalmol 1998 Feb; 116(2): 219- 25

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme