- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoIni Yang Jadi Jika Ayam Berkeliaran Di Indonesia!

Ini Yang Jadi Jika Ayam Berkeliaran Di Indonesia!

Laman berita Boombastis melaporkan, satu peraturan unik dikuatkuasakan di sebuah perkampungan di Wonosobo, Jawa Tengah  iaitu denda terhadap pemilik ayam yang membiarkan haiwan peliharaan mereka merosakkan tanaman penduduk setempat.

Bukan itu sahaja, jika ayam berkeliaran itu merosakkan tanaman pekebun, ia boleh disembelih oleh orang yang menjumpainya, tanpa perlu meminta izin pemilik haiwan tersebut.

Peraturan itu dicipta bagi mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam kalangan para pemilik ayam di kampung tersebut. Sekaligus dalam waktu yang sama menjamin kebersihan kampung, selain mengelakkan kerugian kepada setiap penduduk.

“Haiwan peliharaan sememangnya gemar berkeliaran, membuang najis di rumah jiran dan merosakkan tanaman sawah penduduk. Bagi mengatasi masalah ini, satu penyelesaian yang adil diperlukan dan peraturan tersebut adalah yang terbaik untuk kebaikan penduduk setempat,” demikian menurut laporan berita tersebut.

Meskipun kedengaran ganjil, peraturan tersebut disambut baik oleh penduduk-penduduk. Mereka mula mengurung ayam-ayam mereka di dalam reban bagi mengelakkan haiwan ternakan daripada berkeliaran. Peraturan tersebut membantu menjadikan kampung di Wonosobo itu bersih tanpa najis haiwan bertaburan di merata-rata tempat. – Agensi

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme