- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoIsteri Adham Baba Didakwa Naik Pangkat 3 Kali Dalam Setahun

Isteri Adham Baba Didakwa Naik Pangkat 3 Kali Dalam Setahun

Selepas isteri Nazri Aziz yang menjadi sebutan netizen kerana pergi ke Paris, Perancis untuk mendaftarkan kemasukan anak mereka ke tadika, kini giliran isteri Menteri Kesihatan pula menjadi buah mulut netizen.

 

Nazri Ke Luar Negara, Hantar Anak Masuk Tadika Sebelum Parlimen Bersidang?

 

Rakyat Malaysia khususnya warganet kehairanan apabila timbul beberapa siri poster yang mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat isteri kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

 

Tiga keping poster ucapan tahniah kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah tular di laman-laman media sosial.

 

Poster ucapan tahniah dengan imej Datin Nor Zamani Abdol Hamid itu turut dikongsi laman rasmi Facebook Institut Pendidikan Guru KPM.

 

Namun, apa yang menarik perhatian warganet ialah kekerapan kenaikan pangkat Datin Nor Zamani yang berlaku dalam masa setahun!

 

Pada 6 Mei 2020, gambar Nor Zamani bertudung merah dimuat naik dengan ucapan tahniah di atas pelantikannya sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Malaysia.

 

Kemudian, pada 9 November 2020, gambar beliau bertudung ungu dan berbaju bercorak bunga biru dan hijau muda pula muncul dalam poster ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum).

 

Gambar yang sama muncul sekali lagi pada 30 Jun 2021 dengan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

 

Pelantikan isteri menteri yang dikenali dengan dakwaan minum air suam dapat mencegah Covid-19 itu sudah tentu menarik perhatian umum kerana berlaku ketika ramai rakyat sedang berang dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerangi Covid-19 serta hangat isu kibar bendera putih.

Antara ulasan warganet mengenai pelantikan itu adalah mempersoalkan dalam tempoh kurang dari enam bulan, Nor Zamani telah dua kali naik pangkat, dari Jusa C ke Jusa B dan sekarang Jusa A.

 

Netizen juga menulis, beruntung jika bersuamikan seorang menteri kerana dilihat mudah dan cepat untuk menikmati kenaikan pangkat berbanding rakyat biasa.

 

“Sebelum suami jadi menteri, gred Jusa C saja. Selepas suami jadi menteri, naik Jusa B dan sepantas kilat dalam masa kurang enam bulan, naik Jusa A.

 

Walau bagaimanapun, ada juga warganet berpendapat kenaikan pangkat untuk pegawai kerajaan yang menghampiri usia persaraan memang suatu yang lumrah.

 

Ada yang menolak dakwaan kenaikan pangkat yang diperoleh Nor Zamani itu kerana wujudnya ‘kabel’ memandangkan isteri Adham itu sudah puluhan tahun berkhidmat dalam sektor kerajaan.

 

Apa pandangan anda? Kenaikan pangkat Nor Zamani secara kilat ini kerana sudah lama dalam perkhidmatan atau kerana kabel suami?

 

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme