- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Ehemm!Kelakian Menurun Pada Awal Usia 40-an

Kelakian Menurun Pada Awal Usia 40-an

ADAKAH anda seorang lelaki ber­umur sekitar 40-an dan mempu­nyai ciri fizikal seperti perut buncit dan masalah berat badan berlebihan? Setiap hari cepat letih, lesu dan mengantuk selepas makan malam serta tidak berselera mengadakan hubungan seks.

Jika jawapannya `ya’, ini mungkin menunjukkan semangat kelakian anda semakin menghilang atau dari sudut kesihatan, penurunan testosterone, hormon penting dalam tubuh lelaki yang berfungsi mengekalkan kesihatan fizikal dan psikologi.

Berbanding wanita yang ciri penua­an dapat dilihat melalui tanda seperti letih, lesu dan lemah serta paling pen­ting ialah haid tidak datang, tidak ada simptom yang tetap dan tepat untuk mengatakan lelaki mengatakan `saya putus haid’.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby, menyifatkan keadaan ini menimbulkan dilema apabila lelaki yang berasakan semakin letih dan tidak berupaya, mencuba pelbagai cara untuk menonjolkan dirinya masih macho.

Beliau berkata, kebanyakan wanita yang menghadapi masalah kesihatan akan bertanya kawan, membaca bahan berkaitan dan berjumpa doktor.

“Lelaki pula hanya memikirkan untuk `kuat’ dan mencuba pelbagai jenis ubat serta berjumpa tukang urut. Mereka sebenarnya tidak tahu bahawa perubahan diri mereka adalah akibat perubahan umur.

“Kalau lelaki memahami perubahan itu atau memerlukan rawatan, lebih baik berjumpa doktor dan bukan makan ubat kuat,” katanya dalam satu forum awam di ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Dr Ismail berkata, tahap umur lelaki memasuki ambang penuaan adalah berbeza, ada yang seawal 40-an dan kebanyakan 50-an serta sesetengah lelaki, perubahan fizikal dan psikologi hanya bermula pada 60-an.

Mengenai penurunan hormon testos­terone, katanya proses berlaku pada kadar antara satu hingga dua peratus setahun menyebabkan penurunan tidak begitu dirasai hingga lelaki berumur awal 40-an atau 50-an.

Bagaimanapun, katanya kajian terbaru menunjukkan ada lelaki yang berumur 30-an sudah menghadapi masalah ini.

“Oleh kerana testosterone rendah, lelaki menjadi tidak bermaya, murung dan tidak berminat. Selepas makan malam terus tidur. Mereka mudah naik angin atau meradang tidak tentu pasal. Kadang kala keadaan mereka menyerupai wanita yang mengalami simptom putus haid,” katanya.

Dari segi kesihatan, Dr Ismail berkata, testosterone penting kerana kekurangan hormon ini akan menyebabkan lelaki mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti peningkatan kolesterol dan berkaitan jantung.

“Lelaki perlu berfikir semula mengenai kesihatan diri. Adakah kita mengamalkan gaya hidup sihat, mempunyai berat badan unggul, bersenam secara konsis­ten, tidak merokok, mengambil minuman keras dan menguruskan tekanan hidup dengan bijak.

“Apabila memasuki ambang penuaan, semua fenomena ini perlu diberi perhatian. Lelaki juga perlu berjumpa doktor secara berkala,” katanya.

Beliau berkata, lelaki di ambang pe­­nua­an berdepan tindak balas syahwat yang semakin perlahan seperti cepat klimaks atau mati separuh jalan dan gagal memberi kepuasan kepada pasa­ngan.

Katanya, sesetengah lelaki berumur menggunakan sesuatu yang boleh merangsang nafsu syahwatnya seperti menonton video atau melihat gambar lucah, tetapi perbuatan itu tidak perlu, malah boleh membawa kepada masalah ketagihan.

“Lelaki sering menyalahkan pasangan walaupun sudah berusaha. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah mati pucuk, terutama jika lelaki meng­amalkan gaya hidup tidak sihat dan mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes,” katanya.

Selain masalah kesihatan dan seksual, katanya tahap kesuburan lelaki yang memasuki umur 40-an menurun akibat penuaan menyebabkan mereka seperti wanita berisiko mendapat zuriat terencat seperti sindrom down.

“Kajian menunjukkan pada umur 30-an, bilangan sperma aktif menurun dan banyak yang tidak berbentuk normal. Bayangkan sperma begini bercampur dengan telur kerana ada kemungkinan mendapat janin terencat,” katanya.

Beliau berkata, kehilangan semangat kelakian atau penurunan testosterone boleh dipulihkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan kajian membuktikan kelesuan dan keletihan akan hilang apabila lelaki yang berumur 40 tahun ke atas melakukan senaman.

Sumber

 

Sponsor Ads

Impikan Prestasi Seksual serta Kesihatan ‘Overall’ Anda Kembali Berfungsi Seperti Ketika Remaja Dahulu? Anda Patut Cuba produk Ini, 100% Natural Dan Lulus KKM & Serta Halal Jakim

Kelakian | Kesihatan | Tenaga
Jika anda mengalami masalah kesuburan atau Lemah Tenaga ‘Dalaman’ , anda boleh mengamalkan suplement herba akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba Alpha Capsule dari Global M-Prolabs Sdn Bhd diakui ramai dapat meningkatkan kesuburan lelaki sepantas 14 hari sahaja. Mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga diperakui Halal oleh JAKIM.

Untuk info lanjut mengenai Alpha Capsule, sila KLIK DI SINI

 

Baca juga: Anda Sudah Berkahwin? Artikel Ini Mungkin Berguna Untuk Anda!

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme