- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoKepentingan Memakai Kaca Mata Hitam (Bahagian 1)

Kepentingan Memakai Kaca Mata Hitam (Bahagian 1)

Kaca mata hitam adalah alat pelindung mata yang digunakan secara meluas oleh ramai orang untuk mengelakkan cahaya yang kuat dari memasuki mata.

Kaca mata hitam juga merupakan alat bantuan visual yang menggabungkan kanta berwarna, polarisasi, penghalang sinar (ultraviolet-UV)) dan silau.

Selain fungsinya yang memberi perlindungan, kaca mata hitam terkenal sebagai satu fesyen dan menjadikan si pemakai nampak lebih bergaya.

 

115-3

Pada waktu siang terutama antara lewat pagi sehingga petang, cahaya matahari menjadi sangat terang dan ketara. Ini menyebabkan mata berasa tidak selesa.

Individu terdedah kepada lebih cahaya semasa melakukan aktiviti luar seperti berenang, memancing atau berkebun berbanding aktiviti di dalam bangunan.

Sebagai langkah pencegahan terhadap cahaya matahari yang keterlaluan, kaca mata hitam disyorkan untuk melindungi mata dari sinaran ultraungu (ultraviolet-UV).

Selain sinaran UV, sinaran matahari yang merosakkan mata termasuklah cahaya putih terang (boleh dilihat) dan cahaya biru (yang tidak boleh dilihat) pada spektrum yang kelihatan di sebelah hujung ungu.

Sinaran matahari dalam jangka masa panjang juga boleh menyebabkan masalah mata yang serius.

retro-sunglasses-women-brand-designer-metal-frame-vintage-glasses-men-outdoor-driving-sunglasses-men-glasses-gafas

Bagaimana cahaya matahari merosakkan mata?

Sinaran UV adalah sebahagian dari sinaran semula jadi yang terdapat dalam spektrum cahaya yang tidak kelihatan. Selain matahari sebagai sumber semula jadi UV, sinar UV boleh terhasil dari pelbagai sumber tiruan termasuk alat kimpalan, laser, alat memperangkan kulit dan lampu tertentu.

Cahaya biru dari spektrum yang boleh dilihat. Sinaran UV boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu UVA, UVB dan UVC. Sinaran UV membawa lebih banyak tenaga berbanding sinaran cahaya yang boleh dilihat. Oleh itu mata berisiko mengalami kerosakan yang serius kerana menyerap sinaran UV berbanding dengan cahaya lain.

 

dita-sunglasses-18k-gold-polarized-sunglasses

Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan kepada sinaran UV tidak boleh dipulihkan dan boleh merosakkan mata. Oleh itu kita perlu melindungi mata kita dari terdedah kepada sinaran UV dalam tempoh yang panjang. Selain merosakkan mata, sinaran UV juga boleh merosakan kulit dan badan.

Sinaran UV boleh diserap oleh pelbagai struktur mata. Lapisan luar mata termasuk kornea dan konjunktiva boleh menyerap sinaran UVB.

Kanta mata menyerap kebanyakan sinaran UVA. Retina (lapisan sensitif cahaya) menyerap cahaya yang boleh dilihat. Sinaran UVC diserap oleh lapisan ozon dan tidak sampai ke bumi.

 

asd

Kerosakan mata akibat sinaran UV adalah :

  1. Katarak (kekaburan kanta semulajadi mata)
  2. Degenerasi makular berkaitan umur
  3. Pterigium (ketumbuhan konjunktiva)
  4. Kerosakan retina akibat merenung matahari

Kerosakan badan akibat sinaran UV adalah:

  1. Kulit terbakar
  2. Penuaan kulit pra-matang
  3. Kanser kulit
  4. Sistem keimunan berkurangan

colombia-v-greece-group-c-2014-fifa-world-cup-brazil

Pemilihan kaca mata hitam

Untuk perlindungan mata, pakai cermin mata hitam yang menghalang hampir 100 peratus atau 99 peratus cahaya UV. Kanta plastik dan kaca menyerap cahaya UV dan ini boleh diperbaiki dengan bahan kanta yang telah dirawat dengan bahan kimia tertentu semasa proses pembuatan atau menggunakan kanta dengan penyalut khas.

 

asd

Panduan memilih kata mata hitam

  1. Pilih kanta yang gelap untuk keselesaan mata.
  2. Elakkan kanta yang terlalu gelap kerana boleh menghadkan penglihatan.
  3. Jika terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang panjang terutama di laut atau semasa musim sejuk apabila terdapat salji, gunakan kaca mata hitam yang menghalang cahaya biru dari spektrum yang boleh dilihat.
  4. Pilih kaca mata sederhana hitam ke hitam gelap dengan sedikit berwarna (sama ada warna kelabu, coklat atau hijau).
  5. Gunakan kanta plastik kalis calar dan bukannya kanta kaca. Kanta plastik tahan lasak dan tidak mudah pecah.
  6. Terdapat kaca mata hitam dengan polarisasi yang mengandungi penapis polarisasi. Ia mengurangkan silau dan boleh membias cahaya dari permukaan berkilat seperti air.

asasd

Jenis kaca mata hitam

  1. Kaca mata hitam dengan kanta plastik biasa – mengurangkan kecerahan secara sama rata.
  2. Kaca mata hitam dengan kanta polarisasi –  mengurangkan silau kerana membias cahaya.
  3. Kaca mata hitam dengan kanta fotokromik – berubah warna mengikut perubahan jumlah cahaya dengan menjadi lebih gelap apabila cahaya terang dan lebih cerah apabila cahaya berkurang.
  4. Kaca mata dengan kanta cermin – memantul semua atau separuh cahaya.

 

 

Sambungan : Kepentingan Memakai Kaca Mata Hitam (Bahagian 2)

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme