- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPadah Mulut Guru, Pelajar Diugut Rogol

Padah Mulut Guru, Pelajar Diugut Rogol

Padah disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut seorang guru, seorang pelajar perempuan menjadi mangsa ugutan rogol oleh pelajar-pelajar lain.

“So nanti korang nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogollah yang atas 18.” “Cikgu itu pun ada sebut sekiranya lelaki dirogol, dia orang tidak akan laporkan kerana mereka berasa ‘sedap’, seperti mereka mahu perkara ini berlaku pada diri mereka.”

Budak-budak lelaki semua gelak. Budak-budak perempuan semua tunduk malu. Itu apa yang ditulis seorang bapa bernama Saiful Nizam di laman facebook peribadinya.

Tulis Saiful Nizam, anak perempuannya Ain, mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas sehingga mencetuskan kemarahan di media sosial.

Kata-kata yang tidak menyenangkan itu dibuat semasa pelajar membincangkan tentang gangguan seksual semasa kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolahnya yang terletak di daerah Kuala Selangor, semalam.

“Kemudian kami bercakap tentang bagaimana undang-undang melindungi mereka yang bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual dan selepas itu dia kata ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.’

“Kalau boys kena rape, it doesn’t get reported because the boys apparently sedap. (Kalau lelaki yang kena rogol ia tidak akan dilaporkan kerana mereka rasa sedap),” kongsi gadis tersebut.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik turut memberikan respon kepada tweet Ain dengan meminta pengetua sekolah untuk menyiasat perkara itu.

“Rogol bukanlah jenaka, dan guru harus menekankan keselamatan, bukan sebaliknya, Minta pengetua sekolah pelajar di bawah melihat isu ini secara serius. Minta siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat.” Tulis Maszlee di akaun Twitternya.

Ekoran tweet yang menjadi tular, beberapa pelajar lelaki sekolah tersebut didakwa membuat ugutan rogol kepada Ain yang kononnya telah mencemarkan nama baik sekolah.

Manakala beberapa aktivis kanak-kanak seperti Syed Azmi dan Akhi Fairuz Al-Jengkawi turut menyokong tindakan Saiful Nizam untuk membuat laporan polis dan meminta semua pihak terutamanya pihak sekolah lebih terhadap perkara tersebut.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi menulis, “Bayangkan masa dia cakap tu, dalam kalangan pelajar ada yang pernah kena cabul atau rogol masa kecil dulu oleh ahli keluarganya sendiri? Mana sensitiviti kamu? Jangan pula cakap, sorry cikgu melawak je. Jenayah rogol bukan untuk dilawakkan okey!”

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme