- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoKerana Kereta Model Ditangkap Merasuah

Kerana Kereta Model Ditangkap Merasuah

Seorang model yang juga penulis komik terkenal, bersama pengawal peribadi, seorang pegawai dan dua wanita lain dibicarakan kerana kesalahan rasuah.

Penemuduga lesen memandu di Argenteuil berdekatan Paris menerima wang tunai untuk memudahkan ujian memandu, The Times melaporkan.

Model kelahiran Belgium bernama Jade Lagardere itu didakwa meminta seorang bekas pegawai polis yang menjadi pengawal peribadinya untuk memberi sogokan kepada penemuduga bertugas. Ia bagi membolehkan seorang wanita lain mengambil ujian memandu bagi pihaknya.

Bagaimanapun Lagardere menafikan pembabitannya dan mendakwa tidak mengetahui tindakan yang dibuat pengawal peribadinya.

“15,000 Euro? (kira-kira RM74,000). Ia jumlah yang besar bersamaan dengan harga sebuah kereta,” kata Lagardere.
Model itu kini tidak dibenarkan memiliki lesen memandu Perancis.

Pendakwa raya memohon dua pekerja awam dan pegawai bertanggungjawab memberikan lesen supaya dikenakan hukuman penjara. Hakim bagaimanapun masih belum menetapkan sebarang keputusan.

Dia yang juga penulis komik bertajuk Amber Blake, adalah antara selebriti terkenal di Perancis. Dia berkahwin dengan seorang jutawan yang juga pemilik kepada Hachette, syarikat penerbitan terkemuka di negara itu.

Hachette turut memiliki beberapa syarikat penerbitan utama di United Kingdom termasuk Headline, Hodder & Stoughton dan Quercus.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme