- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoKerana Petua Ini, Pengacara Tuduh Rita Rudaini Antivaksin

Kerana Petua Ini, Pengacara Tuduh Rita Rudaini Antivaksin

Hanya kerana berkongsi satu petua untuk meningkatkan kesihatan tubuh dengan menggunakan herba-herba tempatan , Rita Rudaini telah dituduh sebagai antivaksin oleh jirannya sendiri.

 

Rita menaikkan satu hantaran di akaun instagram mengenai resipi khas dari Profesor Muhaya untuk kesihatan iaitu menggunakan bahan-bahan seperti serai, kunyit, halia dan beberapa lagi herba yang biasa digunakan masyarakat Malaysia.

 

Ekoran perkongsian petua itu, Fara Hanim Razak, pengacara televisyen telah menaikkan pula satu hantaran yang menyelar Rita.

 

Fara mendakwa Rita menyebarkan dakyah menghasut pengikutnya supaya menggunakan petua tradisional untuk mengelakkan Covid-19 berbanding perubatan moden.

 

Pengacara televisyen itu juga menuduh Rita cuma menganggap wabak Covid-19 hanyalah satu teori konspirasi iluminati.

 

 

Rita menaikkan dua respon kepada hantaran Fara seperti di bawah;

 

“Kehadapan individu yang kata dia jiran saya. Terima kasih kerana ambil berat dengan kehidupan seharian saya termasuk apa saja dikongsikan di Instagram. Nampak gayanya, dia tahu segala sudut dan inci mengenai saya.

 

Apa ingin saya cakap adalah, apa bukti dia mengatakan saya anti vaksin? Besar dan berat sangat tuduhan tu. Boleh jadi fitnah.

 

Saya nak tanya kepada semua rakyat Malaysia orang Melayu terutamanya, adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan? Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini.

 

Adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?

 

Malah, Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan.

 

Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis. Jadi, saya nak bertanya sekali lagi kepada jiran yang ambil berat itu, adakah perbuatan salah?

 

 

Jangan hanya kerana saya berkongsi semua perkara itu termasuk memuat naik berkenaan kekurangan vaksin saya dilabel sedemikian. Apa perasaan dia kalau saya dan orang lain label dia dengan panggilan sama atau apa saja. Adakah dia suka?

 

 

 

Lagi satu, kalau betul dia jiran saya, tak perlu letakkan initial nama. Sebut saja nama saya. Saya sejenis yang lebih suka cakap terus terang. Sebab sebelum ini boleh saja komen di IG saya. Baik saja perilakunya. Kenapa perkara ini kena letak initial pula? Datang dan jumpa saya. Cakap depan-depan. Atau nak saya ajak bermain bunga api lagi?

 

Sebelum terlupa, kepada individu berkenaan, saya tahu anda baru mulakan perniagaan, jadi saya mendoakan semoga perniagaan diusahakan akan sukses. Malah, diharap apabila menjadi orang ‘busy body’ dengan berkongsi perihal jiran di media sosial, anda akan menjadi kebajikan semua jiran lain juga. Itu adalah lebih baik. Alang-alang dah nak ambil tahu semua perkara, tak salah buat kerja amal sekali.

 

Rita juga mengajak Fara untuk tampil bersemuka bagi menjelaskan dakwaan ke atasnya berhubung isu antivaksin.

 

“Saya pun tak pernah tulis saya seorang antivaksin. Jika saya nak rebuih (rebus) rumput ka, nak rebuih tahi ka, itu saya punya fasal,” tulisnya pada satu lagi hantaran di akaun instagramnya.

 

Fara Hanim kemudiannya memadamkan hantarannya dan menutup komen di ruangan komen akaun instagramnya selepas diserang netizen.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme