- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoKisah 'Panas' Dua Menteri Besar PAS

Kisah ‘Panas’ Dua Menteri Besar PAS

Mana yang terlepas kisah, ada dua cerita panas tentang Menteri-Menteri Besar dari parti PAS yang berlegar di media sosial.

Kisah 1 : Anak MB Terengganu dari parti PAS dikecam teruk kerana menggelar rakyat sampah #RakyatSampah dalam hantaran di Facebook. Dalam hantarannya yang panjang berjela, gadis itu meluahkan perasaan tidak puas hati kerana segala hal berkaitan keluarganya diperhati, dibincang dan dikritik oleh rakyat.

 

Seperti tindakan bapanya MB Terengganu memuat naik gambar minuman Starbuck di tepi katil semasa dirawat di hospital dan barang kemas yang dipakai ibunya.

 

Luahannya itu meleret kepada perasaan marah apabila hashtag atau tagar #KerajaanGagal menjadi tular di laman sosial kerana kegagalan polisi kerajaan dalam mengekang wabak K.o.b.id yang sudah masuk 2 tahun.

 

Katanya, tak patut hanya menyalahkan kerajaan sedangkan rakyat juga turut bersalah dalam kegagalan rakyat. Dia melabel rakyat sebagai korup dan mengungkit serta guru-guru di sekolah yang selalu meminta sumbangan wang untuk sekolah daripada ayahnya dengan memberi kiasan menjadikan bapanya sebagai mesin ATM.

 

Dia juga mendakwa rakyat kerap meminta wang untuk biasiswa anak-anak orang tertentu selain ramai juga yang datang minta projek dari ayahnya dengan cara menganggu mereka anak-beranak.

 

Ami turut mendedahkan ramai individu mula memasukkan mereka ke dalam group whatsapp kerana mungkin dengan cara itu mereka mampu mendapatkan dana rahsia dari Menteri Besar Terengganu.

 

Ami mendedahkan ramai orang datang ke rumahnya untuk meminta wang menjadikan persekitaran di kawasan rumahnya menjadi tidak selamat. Anak Menteri Besar Terengganu itu juga mendesak rakyat agar lebih baik diam dari asyik mengkritik kerajaan.

 

 

Kisah 2 : MB Kedah yang juga dari parti PAS didakwa melanggar SOP dan larangan rentas negeri apabila memandu uji kenderaan di Pulau Pinang. Seorang pengguna Facebook, Nini Siron memuat naik hantaran di Facebook mempersoalkan bagaimana Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta Ford Raptor di Juru Autocity, Pulau Pinang petang semalam.

 

 

Hantaran yang dimuat naik pemilik Facebook, Nini Sirom itu turut menunjukkan Sanusi bersama individu dipercayai pekerja pusat pameran berkenaan melakukan pandu uji sebuah pacuan empat roda jenis Ford.

 

 

 

Hantaran Nini Saron bagaimanapun telah dipadam setelah menerima kecaman dan ugutan daripada penyokong-penyokong PAS. Malah ada penyokong PAS yang menularkan maklumat peribadi wanita tersebut bersama gambar-gambarnya untuk dikecam.

 

Manakala Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azzamuddin menafikan bosnya, Muhammad Sanusi Md Nor pergi pandu uji (test drive) kereta baharu di Juru Autocity, Pulau Pinang petang semalam kerana ia berlaku hanya dalam perjalanan Sanusi dari Kedah ke Kuala Lumpur.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata,  siasatan itu dibuat selepas beberapa keping gambar menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu memandu uji sebuah kenderaan tular di media sosial.

 

 

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme