- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoKisah Permaisuri Yang Dihukum Pancung

Kisah Permaisuri Yang Dihukum Pancung

Pada tarikh 19 Mei pada 485 tahun yang lalu, seorang permaisuri telah dijatuhkan hukuman pancung oleh suaminya sendiri iaitu Raja Henry VIII, Raja England pada waktu itu.

 

Beliau dituduh melakukan zina, sumbang mahram serta konspirasi menentang raja walaupun para sejarawan sepakat berpendapat bahawa Anne tidak bersalah.

 

Semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anne adalah rekaan semata-mata dan Henry sengaja mencipta pembohongan bagi membolehkannya untuk berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat lelaki sebagai pengganti takhtanya.

 

Kisah permaisuri malang ini bermula pada pertengahan tahun 1520-an, apabila Henry terpikat dengan Anne, yang merupakan dayang kepada isteri pertamanya, Permaisuri Catherine of Aragorn. Memandangkan Catherine tidak dapat memberi zuriat lelaki, Henry tekad mahu mengahwini Anne yang juga menggodanya demi pangkat dan harta.

 

Henry perlu menceraikan isteri pertama terlebih dahulu, namun ia tidak dibenarkan oleh Paus Clement VII. Maka Henry membentuk gerakan memisahkan England daripada undang-undang Vatican dan berjaya membentuk Church of England.

 

Ketika Anne ditabal sebagai ratu pada Jun 1533, beliau sedang hamil enam bulan dan melahirkan Elizabeth I pada September. Ia disusuli dua lagi kelahiran mati dan satu keguguran pada Januari 1536, yang mana janinnya adalah lelaki.

 

Henry kecewa kerana pewaris lelaki seperti yang diharapkan tidak terhasil, menyebabkan hubungannya dengan Anne semakin mengeruh. Ketika itu beliau terpikat pula dengan ‘lady-in-waiting’ kepada Anne bernama Jane Seymour.

 

Komplot terbentuk untuk menyingkirkan Anne dari istana, dan ‘bukti-bukti’ dikumpul bagi membolehkan Henry bercerai dengan Anne dan mengahwini Jane. Para pengikut Anne ditangkap, dan Anne diletakkan di bawah tahanan sebelum dibicarakan pada 15 Mei 1536.

 

Hakim mendapati Anne bersalah atas semua pertuduhan, dan pada pagi 19 Mei di depan khalayak kecil di Tower Green, London, beliau menemui ajal. Kurang lebih sepuluh hari kemudian, Henry mengahwini Jane.

 

Ironinya pengganti takhta Henry yang membawa Zaman Keemasan kepada England bukanlah putera yang diidam-idamkan, tetapi Queen Elizabeth I iaitu zuriat tunggalnya dengan Anne Boleyn.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme