Kita Tertinggal, Indonesia Lancar Kereta Operasi Api Laju Tahun Depan!

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan bahawa kereta api laju, mercu tanda baharu pengangkutan moden di Pulau Jawa dijangka mula beroperasi tahun depan.

Dalam cicipan di twitter [email protected] pada Selasa, Jokowi berkata, pembangunan projek kereta api laju dari Jakarta ke Bandung itu kini telah mencapai 73 peratus dan dijangka beroperasi pada akhir tahun 2022.

Projek yang dibangunkan syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) bermula 2019 itu melibatkan kos sebanyak AS$6.071 bilion atau sekitar Rp88.4 trilion dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara.

 

“Rangkaian KCJB (kereta api cepat Jakarta-Bandung) bermula dari stesen Halim di Jakarta dan berakhir di Stesen Teggaluar, Bandung dengan jarak 142.3 kilometer (km) dan tempoh perjalanan 46 minit,” umum Jokowi dalam twitternya.

Jokowi yang dipetik media tempatan berkata, projek kereta api laju fasa kedua yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya sejauh 700km dijangka siap pada 2025.

“Saya berharap, kereta cepat ini dapat terintegrasi dengan moda transportasi lain seperti LRT dan MRT di Jakarta. Selain itu, dari pembangunan kereta cepat ini kita harapkan ada transfer teknologi. Jadi, SDM kita mampu menangkap dan mengambil ilmu dari pembangunan KCJB”.

Indonesia memilih China yang bersaing dengan Jepun untuk projek berkenaan. China bersetuju menyiapkan projek itu tanpa menggunakan wang kerajaan atau memperoleh jaminan Jakarta untuk mendapatkan pinjaman.

Jokowi berkata, kerana tidak menggunakan wang kerajaan, tiada peruntukan ditarik untuk projek pembangunan di wilayah lain di negara itu.

Landasan kereta api dengan kelajuan 250 kilometer sejam itu dijangka mula beroperasi awal 2019 dengan tambang dianggarkan sebanyak AS$16 (RM70.12) untuk perjalanan selama 40 minit.

 

Latest article

More article