- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoLaungan 'Derhaka' Di Dewan Rakyat, Kerajaan PN Diminta Undur

Laungan ‘Derhaka’ Di Dewan Rakyat, Kerajaan PN Diminta Undur

Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis kecoh apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan.

 

Semasa Anwar membaca kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, beberapa Ahli Parlimen melaungkan “letak jawatan” dan “derhaka” beberapa kali sehingga keadaan menjadi kecoh.

 

Kekecohan itu berlaku selepas Anwar membaca kenyataan terbaharu daripada Istana Negara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada 21 Julai lepas.

 

Membacakan kenyataan tersebut, Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan pada 26 Julai lalu oleh Takiyuddin.

 

Kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan oleh baginda.

 

“Kabinet diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanggar semangat Perlembagaan, menghina institusi diraja terutamanya Yang di-Pertuan Agong dan ini termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri (Takiyuddin).

 

“Kenyataan itu mengelirukan dan tidak bercakap benar di dalam dewan serta mengelirukan rakyat Malaysia. Kita tiada pilihan selain menuntut Perdana Menteri meletak jawatan,” tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu.

 

Manakala Pemuda UMNO menggambarkan tindakan kerajaan sebagai satu bentuk penderhakaan kerana membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara.

 

Justeru, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan susulan melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada baginda dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

 

Beliau dalam masa sama turut menggesa Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin seperti diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi parti itu pada 7 Julai lalu.

 

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan yang disengajakan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

 

“Ternyata pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-Undang pada hari Isnin, 26 Julai lalu di Parlimen amat mengelirukan kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

 

“Malah, Istana Negara juga mendedahkan bahawa kerajaan dengan sengaja ingkar dan melanggar titah Tuanku yang jelas mahu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan (pengundian) sejajar dengan maksud Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO.

 

“UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap kerajaan yang dipimpin Muhyiddin terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” tegasnya.

 

Istana Negara hari ini mengesahkan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh kerajaan belum mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

 

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai.

 

“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undang-undang.

 

“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme