Lelaki Ini Ketawa Apabila Tunangnya Terkorban Dibedil [email protected]@el

Seperti yang diketahui, konflik di antara Palestin dan [email protected]@el yang bermula dalam bulan Ramadan baru-baru ini, masih belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir. Sehingga kini, angka kematian di pihak Palestin sudah mencecah ke 200 orang.

Setiap hari, kawasan Gaza yang menjadi tumpuan serangan Israel mengalami kerosakan teruk dan yang paling memilukan adalah mangsa-mangsa yang tidak berdosa yang menjadi korban.

Mangsa kekejaman [email protected]@el yang terbaru adalah seorang gadis bernama Shaima Abu Alouf, pelajar jurusan pergigian tahun 3 di Universiti Al-Azhar, Gaza. Beliau juga merupakan seorang penghafal Al-Quran atau hafizah.

Beliau sangat meminati jurusannya sehingga selalu meminta rakan-rakannya untuk membuat pemeriksaan gigi mereka.

Rakan kelasnya percaya bahawa beliau akan menjadi doktor gigi yang hebat  dan tidak sabar untuk menamatkan pengajiannya.

Beliau juga akan berkahwin setelah berakhirnya Eid Alfitri dengan pasangannya yang  mengikat pertunangan sejak 2019.

Tetapi hari ini Shaima terbunuh akibat runtuhan oleh pengeboman Israel di rumahnya di jalan Alwahda,Gaza. Anas Al-Yaz menghabiskan kira-kira 10 jam untuk mencari tunangnya, Shaima, di bawah runtuhan rumahnya yang musnah dengan harapan tunangnya masih hidup.

Setelah berjam-jam pencarian mereka akhirnya, pasukan pertahanan awam berjaya menghampiri Shaima tetapi sayangnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya di bawah runtuhan.

Walaupun sedih Anas Al-Yaz tidak putus-putus mengucapkan alhamdulillah sambil ketawa kerana bersyukur  kepada Allah kerana telah mengurniakan mati syahid kepada tunangnya. Dia percaya dan yakin dengan janji Allah bahawa Allah akan memasukkan tunangnya ke dalam syurga bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Saksikan video Temuramah Anas Al-Yaz mengenai kesyahidan arwah tunangnya Shaima

Semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi tanpa hisab dan tanpa azab kepada semua syuhada.

Latest article

More article