- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoMahathir - Mukhriz & Azmin Bakal PM Masa Depan

Mahathir – Mukhriz & Azmin Bakal PM Masa Depan

Antara calon berpotensi menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

 

Itu dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan penonton dalam program What’s Going On Malaysia? With Harith Iskandar secara langsung di Youtube malam semalam.

 

Penonton tersebut bertanya kepada Dr. Mahathir siapakan calon Perdana Menteri pada masa akan datang jika beliau boleh memilihnya.

 

Bagaimanapun pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menegaskan tidak percaya dengan memilih hanya seorang kerana calon-calon itu perlu bersaing untuk mendapat jawatan nombor satu dalam kerajaan.

 

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

 

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu serta dalam kalangan mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

 

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya, ada juga. Tapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan itu. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu juga mengakui beliau tidak mungkin lagi menjadi perdana Menteri buat kali ketiga memandangkan umurnya sudah mencecah 96 tahun.

 

Jelas beliau, ketika memegang jawatan itu kali kedua, umurnya adalah 93 tahun dan berpendapat mampu menjawatnya untuk beberapa ketika sahaja jika terpilih.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme