- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoMalaysia Terpedaya Dengan Projek 'Naturalisasi'?

Malaysia Terpedaya Dengan Projek ‘Naturalisasi’?

Kehadiran beberapa pemain naturalisasi bagi membentuk skuad Harimau ‘Kacukan’ nyata tidak memberi impak diharapkan dan Safee beranggapan projek berkenaan memperdaya jutaan peminat tanah air.

 

“Boleh saya katakan kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek naturalisasi yang dibuat”. Itu luahan bekas pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Safee Sali di laman sosial Facebook miliknya yang mengakui kecewa dengan kekalahan 0-4 skuad Harimau Malaya di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi tadi.

 

Tulisnya, dia percaya jika pemain tempatan diberi tanggungjawab dan kepercayaan, skuad negara mampu menghasilkan keputusan positif dalam baki dua aksi kelayakan selepas ini.

 

“Berdasarkan pengalaman bermain dengan pasukan negara Timur Tengah keputusan seperti sudah dijangka. Memang bukan mudah untuk bermain dengan ‘Pak Arab’. Sedikit kealpaan akan dihukum. Main pula di tempat dan padang mereka.

 

“Boleh saya katakan kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek naturalisasi yang dibuat. Membuatkan kita percaya dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

 

 

“Apa-apa pun masih ada dua lagi perlawanan yang sangat penting. Dan saya tetap yakin para pemain tempatan jika diberi peluang dan kepercayaan pasukan kita boleh menang dan bermain bermati-matian untuk nama negara,” katanya yang pernah membawa Malaysia menjuarai Piala AFF pada 2010 lalu.

 

Susulan kekalahan kepada UAE itu, peminat menyalahkan dua tonggak naturalisasi negara, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang gagal beraksi baik sepanjang aksi itu.

 

Ujar Safee lagi, dia menyeru pemain agar segera bangkit menjelang aksi berdepan Vietnam dan Thailand bagi memburu mata maksimum pada 11 dan 15 Jun ini.

 

“Kalau ikutkan hati pemain esok juga nak main demi membalas kepercayaan dan membuktikan kita bukanlah seperti apa yang peminat fikirkan. Bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada peluang. Kita, Vietnam dan Thailand tidak jauh beza. InsyaAllah kita boleh menang,” katanya yang turut pernah menikmati kejayaan di peringkat Asia apabila menjulang Piala AFC bersama JDT pada 2015.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme