- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
SihatMasalah Anak Tidak Bekerjasama Dengan Kaedah Normal Rawatan Pergigian? (Bahagian 1)

Masalah Anak Tidak Bekerjasama Dengan Kaedah Normal Rawatan Pergigian? (Bahagian 1)

Teknik Pengendalian Tingkahlaku Secara Farmakologi Di Kalangan Kanak-Kanak

Sejumlah besar kanak-kanak terlalu takut dengan rawatan pergigian, yang mana ini telah menyebabkan kanak-kanak ini susah untuk menerima rawatan pergigian secara konvensional. Terdapat beberapa teknik untuk membantu anak-anak anda lebih menerima rawatan pergigian, samada secara bukan-farmakologi atau farmakologi (penggunaan ubatan).

Ada beberapa kaedah farmakologi yang boleh digunakan untuk menangani ketakutan terhadap rawatan pergigian. Kaedah yang biasa digunakan untuk kanak-kanak adalah sedasi sedar dan bius umum.

Sedasi Sedar

Sedasi secara sedar adalah penggunaan sejenis dadah penenang yang diberikan untuk mengurangkan rasa takut serta menenangkan kanak-kanak semasa menerima rawatan pergigian. Semasa sedasi secara sedar ini diberikan, anak anda masih boleh mengekalkan komunikasi lisan sepanjang tempoh sedasi tersebut.

Tidak seperti bius umum, kaedah sedasi sedar ini tidak bertujuan untuk membuatkan anak anda menjadi tidak sedar.

Kaedah ini membenarkan anak anda untuk bernafas seperti biasa dan boleh memberi respon dengan baik, samada kepada rangsangan fizikal atau pun arahan lisan.

Sedasi secara sedar ini boleh diberikan dalam beberapa cara:-

  1. Sedasi inhalasi
  2. Sedasi oral
  3. Sedasi intravena

 

 

Apakah Itu sedasi inhalasi?

  • Sedasi secara inhalasi ataupun pernafasan adalah satu kaedah sedasi menggunakan campuran dua jenis gas iaitu oksigen dan nitrous oxide (N2O), yang disedut melalui alat yang diletakkan di hidung.
  • N2O ini juga dikenali sebagai ‘laughing gas’ atau ‘happy gas’
  • Apabila gas ini disedut melalui pernafasan dan menyerap ke dalam sistem badan, gas N2O ini akan memberikan rasa ketenangan secara alami. Kesan ini hanya akan dirasakan sepanjang rawatan pergigian dijalankan
  • Anak anda TIDAK akan tertidur dan akan sentiasa sedar dengan keadaan sekeliling.
  • Anak anda juga akan merasa seperti ransangan kegelian diseluruh badan
  • Setelah tamat rawatan pergigian, gas N2O akan disingkirkan dari sistem badan sepenuhnya selepas bernafas dengan 100% gas oksigen

 

 

Apakah kelebihan N2O?

  • Bertindakbalas dengan cepat dan ada proses berbalik
  • Boleh dilaras kepekatannya
  • Meningkatkan keberkesanan komunikasi serta kerjasama pesakit
  • Meningkatkan toleransi disepanjang rawatan pergigian yang memerlukan masa yang panjang
  • Mengurangkan masalah menjeluak (gagging)
  • Mengurangkan atau menghilangkan perasaan takut
  • Tiada kesan “hangover”
  • Tiada suntikan diperlukan
  • Sangat selamat dan disingkirkan dari sistem badan dengan cepat
  • Tidak bersifat alergik
  • Tiada rasa sakit semasa gas diberikan

 

Apakah kekurangan N2O?

  • Bergantung hampir sepenuhnya kepada penekanan psikologi
  • Anak anda mestilah bernafas sepenuhnya melalui hidung
  • Sekiranya anak anda tidak boleh bernafas melalui hidung (mungkin kerana dia lebih selesa bernafas melalui mulut atau dia mengalami hidung tersumbat), kaedah ini tidak boleh digunakan
  • Sesetengah kanak-kanak tidak mencapai tahap sedasi dengan had oksigen minimum yang dibenarkan
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak mahu bekerjasama dalam pemakaian topeng hidung
  • Perasaan loya boleh terjadi, walaupun ianya sangat jarang berlaku

 

Bolehkan anak saya makan sebelum menerima N2O?

  • Anak anda mungkin akan rasa tidak selesa dan muntah. Oleh itu, elakkan pengambilan makanan berat dan berminyak sebelum mendapatkan rawatan sedasi ini.
  • Hanya berikan makanan yang ringan atau minum sahaja beberapa jam sebelum sedasi diberikan

Bagaimanakah N2O ini diberikan?

  • Happy gas ini diberikan kepada pesakit melalui satu peralatan yang ringkas.
  • Campuran gas N2O dan oksigen ini disalurkan melalui tiub yang bersambung kepada topeng hidung.
  • Topeng hidung ini diletakkan pada hidung anak anda, yang mana anak anda akan bernafas seperti biasa..

 

Sambungan : Masalah Anak Tidak Bekerjasama Dengan Kaedah Normal Rawatan Pergigian? (Bahagian 2)

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme