Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Lelaki (Bahagian 1)

Ada banyak maklumat yang kita baca mengenai kesihatan lelaki. Tapi adakah maklumat yang anda baca itu fakta yang tepat atau sekadar mitos yang direka-reka?

Zakar boleh patah
Benar. Penis tidak mempunyai tulang tetapi ia boleh menyebabkan tunica albuginea menjadi koyak, di mana lapisan fibros menjadi teregang ketika berlakunya ereksi. Ia digelar ‘penile fracture’ atau ‘penis patah’ dan sering berlaku ketika aktiviti seksual. Rawatan selalunya melibatkan pembedahan. Mujurlah keadaan penis patah ini jarang berlaku.

Saiz zakar ditentukan saiz kasut
Dua orang pakar urologi dari Hospital St. Mari di London telah melakukan kajian melibatkan 104 orang lelaki dan mendapati tiada statistik yang signifikan membabitkan saiz kasut dan kepanjangan penis.

Barah payudara tidak menyerang lelaki
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dikalangan lelaki adalah 1 dalam 1000 lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), kondisi genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit liver kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.

Kemuncak seksual lelaki pada umur 18
Benar, pada umur 18 tahun, tahap testosteron berada pada tahap yang tertinggi. Walaubagaimanapun tahap hormon tidak berkaitan dengan prestasi seksual seseorang.

Makin kerap bercukur makin tebal janggut
Saiz dan bentuk folikel rambut menentukan ketebalan dan tekstur rambut anda. Sama ada ia adalah tebal dan kasar atau nipis dan lembut. Bulu mungkin akan menjadi lebih kasar, tetapi bercukur tidak akan mengubah saiz atau bentuk folikel, maka bercukur dengan kerap tidak akan menyebabkan janggut anda menjadi tebal.

Latest article

More article