- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
FitnessMotivasi Sukan: 6 "Trick" Untuk Bakar Semangat Anda Ketika Bersenam Seorang Diri

Motivasi Sukan: 6 “Trick” Untuk Bakar Semangat Anda Ketika Bersenam Seorang Diri

Antara faktor yang mendorong kita untuk tidak berhenti di tengah jalan ketika bersenam ialah kata-kata dorongan “Kau boleh!”, “Sikit lagi tuh!” atau “Lembik, habiskanlah!” yang dilaungkan oleh partner bersenam kita.

Majoriti orang yang bersenam gemar melakukannya aktiviti kesihatan ini dengan rakan mereka, bertujuan sebagai sumber motivasi apabila mereka rasa sudah terlalu letih dan ingin berhenti tapi sesi masih lagi tidak dihabiskan.

Tapi apa akan jadi kalau tiba-tiba partner anda hal dan anda terpaksa bersenam sendirian? Jangan cepat mengalah dan anda kena cuba strategi lain untuk menaikkan semangat kesukanan anda.

Apa kata anda cuba 7 langkah ini untuk memekarkan semangat kesukanan anda ketika anda mahu putus asa:

1. Kecilkan Sasaran

Mempunyai sasaran yang besar dan mencapainya adalah impian setiap orang ketika bersenam tetapi ia lebih sesuai kepada orang yang mempunyai tahap mental yang tinggi dan rakan yang mendorongnya. Jadi, untuk tidak cepat mengalah, cuba anda kecilkan sasaran anda. Contohhnya, ketika anda melakukan larian, beritahu diri anda “Aku nak lari sampai tiang tu” dan bukannya “Aku nak pecah rekod 10 kilometer aku!”. Ia lebih membantu.

10-running-misconceptions596745121-mar-23-2012-600x408

2. Rakam Diri Sendiri

Nampak macam syok sendiri tapi percayalah, ianya berkesan untuk dua perkara. Pertama, meningkatkan kembali motivasi diri anda untuk terus bersenam dan mungkin boleh jadi “rakan maya” untuk bersembang. Kedua, anda boleh kenalpasti kesalahan-kesalahan yang anda lakukan ketika melakukan set bersenam.

3. Cari Mantra dalam Diri

Jangan salah sangka, bukan mantra seperti dalam filem niyang rapik tu! Tapi yang dimaksudkan di sini ialah kata-kata kekuatan untuk diri anda sendiri seperti “Kau boleh buat bob!”, “Sampai bila nak gemuk!Terus buat!” dan lain-lain yang bersesuaian dengan anda. Anda lebih tahu diri anda. Cipta sendiri kata-kata tersebut dan guna bila anda nak mengaku kalah.

sweat-fat-crying-700_0

4. Gunakan Magic Word

“Lagi 5 minit aku berhenti”, “Sabar badan, nanti habis set ni aku berhenti!”, “Lepas habis ni baru minum air” adalah antara kata-kata magik untuk menjarakkan masa anda daripada berhenti bersenam. Penyelidik dalam Jurnal Personaliti dan Psikologi Sosial mendapati bahawa orang yang memberitahu diri mereka untuk buat sesuatu pada masa hadapan yang tidak ditentukan akan lebih cenderung melakukan aktiviti yang dilakukan sekarang sampai habis baru dia akan berhenti.

5. Habiskan Apa yang Dirancang

Simpan dalam minda anda untuk habiskan apa yang anda sedang mulakan. Perancangan yang tidak diakhiri tidak akan membuahkan hasil seperti yang diimpikan. Perlu diingat, setiap senaman ada cara dan sukatan untuk mencapai sasaran. Jika anda tidak ikut cara dan sukatan itu, maka rugilah anda.

high_intensity

6. Fokus

Satu kajian yang diterbitkan dalam journal Motivation and Emotion melaporkan bahawa peserta yang memfokuskan secara sempit sasaran mereka kepada perkara tertentu dapat berjalan lebih cepat dan mengurangkan perasaan letih. Jadi, beritahu diri anda “Aku nak pecut sampai pokok tu” sambil “tutupkan” pandangan anda pada benda lain dan fokus pada pokok itu sahaja. Percayalah, anda akan sampai tanpa rasa penat.

 

Credit: shape.com

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme