- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPahala Bertimbun Selepas Nikah

Pahala Bertimbun Selepas Nikah

Perkahwinan adalah suatu medium untuk setiap manusia mengumpul pahala sebanyaknya sebagai bekalan di akhirat kelak. Hebatnya Islam, dengan hanya suatu lafaz akad, kita boleh menjana pahala bersama pasangan kita sehingga ke akhir hayat.

 

Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama pasangan dan pada masa yang sama mengumpul pahala selepas berkahwin:

SOLAT BERJEMAAH

Islam amat menggalakkan umatnya untuk solat berjemaah, sama ada di masjid, di rumah, di surau, di pejabat, bahkan di mana sahaja yang sesuai. Solat berjemaah memang berlipat kali ganda ganjarannya berbanding solat bersendirian.

Justeru, apabila mendirikan rumah tangga, ia memberi peluang yang amat baik bagi pasangan untuk menunaikan solat bersama-sama. Bahkan bukan sekadar mengejar pahala, ia juga mendatangkan keberkatan rumah tangga dalam mengeratkan silaturrahim di antara pasangan.

AKTIVITI RIADAH

Suami isteri digalakkan untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan pelbagai cara antaranya beriadah atau bersukan. Ia memberi peluang meluangkan masa kualiti bersama-sama sekali gus dapat menjana fizikal yang sihat. Dengan cara ini, pasangan boleh mengumpul pahala kerana memilih untuk hidup sihat seperti yang disarankan dalam Islam dan kerana melakukan aktiviti bersama sebagai suami isteri.

MASAK BERSAMA

Menjadi kelaziman isteri yang sering dan sibuk di dapur. Namun tidak dinafikan ada juga pasangan yang suaminya handal memasak. Begitu indah bila masa di dapur diluangkan bersama. Masak bersama. Selain daripada dapat menjana pahala bersama kerana saling tolong menolong, ia juga mampu menambahkan ilmu serta kemahiran memasak di antara suami dan isteri dan ia juga dapat mengeratkan rasa kasih dan sayang sesama pasangan.

MENGEMAS DAN MENGHIAS RUMAH

Amat penting bagi suami isteri untuk pandai mengurus keadaan rumah kerana ia seperti institusi dalam melahirkan sebuah keluarga sakinah. Setiap pasangan ada minat mereka yang berbeza. Si isteri mungkin minat warna dan corak yang terang. Si suami pula mungkin minat corak dan warna yang sejuk. Oleh itu, digalakkan untuk suami isteri berbincang dan dapatkan kata sepakat bagaimana menghias dan mengemas rumah agar sentiasa tenang dan selesa bila berada di dalam rumah.

Ia juga mampu membuatkan setiap pasangan mengenal karakter masing-masing selain menguatkan lagi rasa kasih dan sayang.

 

Sebenarnya, terlalu banyak perkara atau aktiviti yang boleh dilakukan bersama oleh suami dan isteri. Apa pun ianya niat kerana Allah.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme