- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoParlimen Bubar Secara Automatik Pada 29 Jun 2021

Parlimen Bubar Secara Automatik Pada 29 Jun 2021

Parlimen pada dasarnya telah terbubar secara automatik setelah tidak bersidang selama enam bulan, suatu tempoh dan pernyataan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Pengamal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, ini bermakna Malaysia perlu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa 60 hari.

 

Beliau yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) turut menggesa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan mengenai perkara itu.

 

“Orang yang sepatutnya beri nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, kepada Perdana Menteri ialah Peguam Negara, bukan Menteri Undang-Undang (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

 

“Peguam Negara tahu perkara diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan mengenai tempoh sidang Parlimen dan Dewan Rakyat terbubar secara automatik kalau tidak diadakan persidangan dalam masa tertentu.

 

“Saya nak tanya Peguam Negara, kalau kerajaan tidak panggil Parlimen sebelum 1 Ogos ini, bukankah Parlimen itu akan bubar secara automatik? Adakah rakyat dan negara bersedia untuk adakan PRU?, katanya menerusi rakaman video, semalam.

 

Tegas Zaid, kenyataan Takiyuddin bahawa Parlimen hanya akan kembali bersidang selepas darurat berakhir 1 Ogos ini adalah tidak betul.

 

Katanya, pandangan menteri itu sangat mengelirukan kerana Parlimen boleh bersidang dari dahulu lagi, walaupun kerajaan isytiharkan darurat.

 

Sebab itu, kata beliau, Perlembagaan meminta kerajaan yang isytihar darurat bawa perkara itu ke Parlimen untuk dibahas dan ditetapkan, tidak betul kalau Takiyuddin kata dalam masa darurat Dewan Rakyat tidak boleh bersidang

 

“Yang membimbangkan saya, kalau dia kata akan panggil mesyuarat Parlimen selepas 1 Ogos, selepas darurat berakhir, ia seolah-olah memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saranan Majlis Raja-Raja Melayu itu tidak mustahak, tidak penting,” katanya.

 

Beliau menjelaskan, Menteri Hal Ehwal Undang-Undang bukan penasihat rasmi kerajaan daripada segi undang-undang, sebaliknya tugasan itu bawah tanggungjawab Peguam Negara.

 

“Mungkin sekarang ini ada percanggahan kepentingan, tetapi apapun masalah dalaman, Menteri Undang-Undang tidak boleh beri nasihat undang-undang kepada kerajaan kerana mengelirukan.

 

“Nak elak masalah ini berlaku, ikutlah sahaja cadangan Yang di-Pertuan Agong. Panggillah Palimen bersidang minggu depan. Elakkan daripada automatik Parlimen dibubarkan,” katanya.

 

Najib juga turut mengulas perkara sama di laman Facebooknya.
Semoga rakyat mendapat pengakhiran yang terbaik dalam kemelut politik negara ini.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme