- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPDRM Minta Bantuan Interpol Kesan Caprice & Nadir

PDRM Minta Bantuan Interpol Kesan Caprice & Nadir

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata tindakan itu diambil selepas polis gagal mendapat maklum balas daripada kedua-duanya berhubung tarikh untuk merakam percakapan mereka.

 

Ashari berkata, kedua-dua individu itu perlu dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan polis berhubung satu laporan yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 21 Julai lalu.

 

“Kita sudah ‘chat’ (berbual) dengan mereka namun tidak dibalas, maka kita minta bantuan pihak INTERPOL untuk mengesan dan berhubung dengan mereka.

 

“Ini kerana kita belum menerima tarikh dan masa yang sesuai daripada mereka untuk diambil keterangan secara dalam talian. Kita menunggu laporan daripada INTERPOL untuk sebarang perkembangan mengenai perkara itu,” katanya.

 

Ashari berkata, pihaknya berharap Caprice dan Muhammad Nadir memberi maklum balas secepat mungkin dan kerjasama sewajarnya untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.

 

Pada 29 Julai lalu, Ashari dipetik sebagai berkata, pihaknya dalam proses merakam percakapan dua individu terbabit susulan laporan dibuat Ebit Lew mendakwa difitnah beberapa individu berkaitan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini menerusi media sosial.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke IPD Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.

 

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir, yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

 

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau. Sementara itu, Caprice pula mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew, susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme