- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPelajar Perempuan Mengadu Diraba Oleh...

Pelajar Perempuan Mengadu Diraba Oleh…

Telah tular di media sosial laporan mengenai amalan meraba pelajar-pelajar perempuan untuk memeriksa haid mereka. Tindakan yang dipercayai sudah berlaku bertahun-tahun lamanya bertujuan bagi memastikan jika mereka benar-benar haid atau tidak.

Pemeriksaan dilakukan kerana dikatakan ramai pelajar perempuan menggunakan taktik ‘datang bulan’ atau ‘uzur syarie’ sebagai alasan untuk ponteng sembahyang berjemaah. Pelajar perempuan akan diminta untuk menanggalkan seluar dalam oleh guru, warden atau pengawas dan diminta menunjukkan tuala wanita.

Ada sesetengahnya diminta menunjukkan calitan darah pada kapas, tisu, pengorek telinga atau jari sebagai bukti haid. Ini berdasarkan kenyataan dan komen pelajar dan bekas pelajar yang mengalami pemeriksaan tersebut di beberapa buah sekolah.

Isu ini mendapat pelbagai reaksi yang menentang dan menyokong amalan tersebut. Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Noor telah memberikan pandangannya terhadap isu berkenaan iaitu sesiapa pun tidak wajar untuk memalukan pelajar dengan memeriksa bahagian sulit mereka.

Wan Salim juga berkata bahawa setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib kita hormati oleh individu yang lain. Ia termasuklah hak mereka untuk menutup bahagian-bahagian sulit tubuh mereka daripada dilihat oleh individu yang lain.

Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.

 

 

 

 

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme