- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPelakon Malaysia Failkan Dakwaan Kepada Bekas Menteri

Pelakon Malaysia Failkan Dakwaan Kepada Bekas Menteri

Seorang pelakon Malaysia telah membuat laporan polis ke atas bekas menteri dari parti All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK).

 

Shantini Theva, pelakon Malaysia membuat laporan di balai polis bandar raya Chennai terhadap Dr M Manikandan kerana memperdayakannya setelah mempunyai hubungan selama lima tahun.

 

Menurut laporan akhbar The Hindu, Shantini mendakwa Manikandan berjanji untuk berkahwin dengannya tetapi mungkir janji selepas dia mengandung.

 

Dia juga mendakwa bekas menteri itu mengugutnya dan ahli keluarganya di Malaysia apabila dia mendesak Manikandan supaya mengahwininya.

 

Ditemani peguam, Shantini membuat aduan kepada Timbalan Komisioner Polis, Bahagian Jenayah Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak, serta menyerahkan salinan kenyataannya kepada pihak media.

 

 

Pernah dalam filem bertajuk Nadodigal, Shantini sering melawat bandar raya tersebut sewaktu dia bekerja dengan Tourism Malaysia.

 

Mereka berdua berkenalan pada tahun 2017 sewaktu Manikandan menjadi Menteri Teknologi Informasi dan mereka menjalinkan perhubungan atas dasar ingin membuat pelaburan di Malaysia.

 

Dalam beberapa hari sahaja, Manikandan melamar Shantini dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya walaupun Manikandan masih mempunyai isteri.

 

Tambah Shantini lagi, mereka berdua tinggal di sebuah rumah di Besant Nagar dan Manikandan akan  mengunjunginya di situ apabila dia berada di India.

 

Laporan itu juga menyebut, Shantini mempunyai bukti tentang Manikandan tinggal bersamanya dan kakitangan Manikandan tahu tentang hubungan mereka.

Shantini mendakwa dia pernah hamil sebanyak 3 kali dan dipaksa Manikandan untuk menggugurkannya dan memujuknya yang mereka boleh mempunyai anak selepas berkahwin secara rasmi.

 

Manikandan tinggal bersamanya sehingga April dan kemudian memaksa dia meninggalkan India. Akhbar The Hindu melaporkan Manikandan menafikan semua tuduhan Shantini dan mendakwa dia tidak mengenali Shantini.

 

Sumber : The Edge Market

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme