- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
NutrisiPengambilan Soya Secara Berlebihan Boleh Membawa Kesan Buruk

Pengambilan Soya Secara Berlebihan Boleh Membawa Kesan Buruk

Eh betul ke ni kalau kita minum air kacang soya secara berlebihan ia boleh membawa kesan buruk? Ini sudah dikira menakutkan bagi mereka yang sudah kerap mengamalkan mnum air kacang soya kerana terikut dengan vitamin yang sering diwar-warkan di kaca televisyen selama ini.

Jadi apakah terdapat penjelasan di sebalik keputusan untuk mendakwa bahawa berlebihanĀ  mengambil soya membawa kepada kesan yang buruk? Tentu sekali ada, oleh itu mari kita ikuti penjelasan yang selanjutnya di bawah ini.

Golongan lelaki yang mengambil 20 gram kacang soya setiap hari selama dua minggu berkemungkinan boleh mengundang kepada risiko mengalami penurunan paras hormon testosteron. Malah mereka juga akan mengalami peningkatan paras hormon kortisol.

Kombinasi penurunan paras testosteron dan peningkatan paras kortisol ini boleh mendedahkan seseorang kepada pembentukan pelbagai jenis penyakit.

Penemuan tersebut adalah berdasarkan kajian saintis dari University of Connecticut yang membandingkan kesan pengambilan protein kacang soya dan protein dadih susu (whey) terhadap proses pengembalian dan tumbesaran otot.

Kajian yang berbentuk rawak dan plasebo terkawal bersilang (randomized, placebo-controlled crossover) yang dilaporkan dalam Journal of the American College of Nutrition (JACN) pula menunjukkan kesan pengambilan suplemen soya kepada testosteron, kortisol dan paras hormon seks lekatan globulin (SHBG, sex hormone-binding globulin) pada lelaki yang menjalankan senaman dan latihan berhalangan (resistance exercise).

Saintis kini membandingkan kesan itu dengan mereka yang mengambil suplemen dadih susu. Segala pemerhatian selanjutnya akan diberitahu pada keluaran yang akan datang.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme