Pengantin Lelaki Terima Hukuman, Akibat Berjoget Dengan Penyanyi

Majlis perkahwinan seharusnya menjadi detik-detik indah bagi pasangan suami isteri yang baru diijabkabulkan. Namun, ia bertukar menjadi sebaliknya apabila pengantin lelaki begitu asyik menari dengan penyanyi undangan.

 

Sebuah klip video memaparkan aksi seorang pengantin wanita menjeling tajam suaminya yang sedang menari dengan penyanyi undangan pada majlis perkahwinan mereka tular di media sosial, lapor laman berita Merdeka.com kelmarin.

 

 

Dalam video yang dimuat naik oleh @fikririzaldi_official itu, pengantin lelaki kelihatan asyik menari dengan penyanyi wanita dan membiarkan isterinya keseorangan di atas pelamin.

 

“Ketika pengantin lelaki asyik menari, ada sepasang mata memandangnya seolah-olah ingin menelan mangsa hidup-hidup,” tulis pemilik akaun sosial tersebut pada kapsyen rakaman video itu.

 

Pengantin wanita itu yang marah, kemudian menarik tangan suaminya lalu memulas telinga pengantin lelaki itu. Mujur pengantin lelaki itu tidak melawan tindakan isterinya dan hanya mengikuti duduk di sofa.

 

 

Malah rata-rata netizen yang menonton video itu menyokong tindakan pengantin perempuan tersebut memberi pengajaran kepada suaminya.

 

 

“Bagaimana ya pengantin lelaki boleh bersikap begitu semasa hari bahagianya,” tulis seorang netizen.

 

“Semasa majlis persandingan, jangan jemput penyanyi kerana nanti jadi begitu, menyakitkan hati,” tulis seorang lagi netizen. Video tersebut sudah ditonton lebih daripada 1.4 juta kali.

 

Semoga menjadi iktibar kepada bakal pasangan pengantin supaya mengadakan majlis perkahwinan yang menepati syariat Islam dan nilai-nilai murni masyarakat Timur.

Latest article

More article