- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPerang Dunia Ke-3 Berlaku Lebih Awal?

Perang Dunia Ke-3 Berlaku Lebih Awal?

Kebimbangan Perang Dunia Ketiga mungkin meletus lebih awal semakin meningkat selepas pakar ketenteraan Beijing menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak boleh menghalang China daripada menceroboh Taiwan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

 

Du Wentong yang merupakan pakar dari Persatuan Budaya Tentera China berkata, usaha AS untuk menghalang penaklukan pulau tersebut akan berakhir dengan kegagalan.

 

Ketika ditanya sama ada kemungkinan serangan tentera China ke atas Taiwan akan digagalkan AS, Wenlong berkata, tentera Beijing akan tiba di Taiwan ‘dalam tempoh amat singkat’ sehinggakan tentera AS tidak sempat untuk campur tangan dalam konflik China-Taiwan.

 

Amaran itu muncul selepas ketegangan meningkat di laut sekitar China di mana AS dan Jepun dilaporkan mengadakan latihan ketenteraan bersama.

 

AS juga baru-baru ini menandatangani perjanjian penjualan senjata bernilai AS$2.2 bilion (RM9.3 bilion) dengan Taiwan untuk meningkatkan pertahanan Taipei sehingga menimbulkan kemarahan Beijing. Washington juga berjanji untuk meneruskan pelayaran kebebasan navigasi di Laut China Selatan.

 

Sebagai tindak balas, China mengadakan latihan perang besar-besaran selama enam hari di lokasi sekitar 250 kilometer ke utara Taiwan.

 

China menyatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan berulang kali mengugut untuk menawan pulau itu dengan menggunakan kekerasan sekiranya perlu.

 

Wentong memberitahu stesen penyiaran tempatan, CCTV bahawa sebelum tentera AS tiba, tentera China ‘sudah menyelesaikan semua pertempuran’ sekiranya berlaku pencerobohan ke atas Taiwan.

 

Kata Wentong, latihan itu merupakan ‘amaran serius’ kepada Taiwan supaya menghentikan hubungan kententeraannya dengan AS.

 

Presiden China, Xi Jinping berjanji untuk membuat ‘penyatuan semula sepenuhnya’ dengan Taiwan ketika menyampaikan ucapan sempena ulang tahun ke- 100 penubuhan Parti Komunis China.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme