- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoPeserta Unduk Ngadau Buat Laporan Polis, Diraba Ahli Politik

Peserta Unduk Ngadau Buat Laporan Polis, Diraba Ahli Politik

Seorang pemimpin bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini digantung jawatan itu selepas dikaitkan dengan dakwaan mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Kaamatan, baru-baru ini.

 

Senator Datuk Guandee Kohoi, Setiausaha Agung STAR, berkata parti itu juga akan mengambil tindakan susulan, sama ada menggantung keahlian atau memecatnya terus selepas Lembaga Disiplin parti bersidang.

 

Menurutnya, tindakan yang diambil terhadap individu terbabit menunjukkan keterbukaan kepemimpinan parti itu untuk mendengar keluhan dan aduan daripada semua pihak, terutama ahli STAR Sabah.

 

“Setakat ini ada dua laporan polis terhadap seorang ahli parti yang viral di media sosial. Laporan pertama daripada peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diperlakukan tidak senonoh.

 

 

Manakala laporan kedua pula dibuat pengawal keselamatan di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang yang mendakwa dikasari oleh beliau.

 

“STAR mengambil berat mengenai perkara ini. STAR Sabah adalah parti yang berperlembagaan dan segala perkara hendaklah diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata polis akan menyiasat laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri mengenai dakwaan dicabul seorang lelaki yang juga ahli jawatankuasa penganjur pertandingan itu.

 

Hazani berkata, hasil siasatan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

 

Berdasarkan salinan laporan polis bertarikh 21 Mei lalu yang tersebar di media sosial, peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa diraba di paha, tangan, leher dan belakangnya dalam sebuah kereta ketika mengikut suspek keluar makan malam di Kota Kinabalu.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme