- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoAdakah Isu Petronas Petanda Malaysia Kegawatan Ekonomi?

Adakah Isu Petronas Petanda Malaysia Kegawatan Ekonomi?

Ikuti artikel menarik  daripada aktivis politik terkenal di Malaysia iaitu Hishamudin Rais. mengenai isu – isu ekonomi yang sering  menjadi topik utama kebelakangan ini . Diharap artikel ini akan memberi sedikit pencerahan tentang keadaan ekonomi bukan sahaja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Minggu lalu saya menulis tentang ledakan ekonomi yang akan sampai. Dalam minggu yang sama United Kingdom gempar dengan kenyataan pakar ekonomi dari Royal Bank of Scotland (RBS). Kenyataan dari RBS telah menasehatkan para pelabur ‘menjual’ apa sahaja bentuk ‘saham’ yang ada dalm simpanan. Menurut kajian RBS ekonomi kapitalis akan runtuh.

Pada minggu lalu harga emas meledak naik mencecah 1,100 dolar seounce. Walau pun ini belum mencecah 1.900 dolar seounce pada tahun 2011 dahulu.

Dalam minggu lalu semua bursa saham dari Shanghai, ke Tokyo, ke Hong Kong, ke Paris, London, Frankfurt , New York dan ke Kuala Lumpur merundum jatuh. Pada hujung minggu The Dow Jones Industrial Average susut 391.86 mata. Bursa Nasdeq jatuh 126.59 mata atau 2.74%.

Nilai ringgit kita terus jatuh. Ketika saya menggarap tulisan ini satu dolar Amerika telah melintasi 4.43 ringgit Malaysia. Pasti timbul persoalan – apa sebenarnya sedang berlaku?

Pada hemat saya adalah penting sekali para pembaca memahami apa yang sedang terjadi sekarang. Kita wajib faham pergolakan sekarang untuk kita memahami apa pergolakan yang akan melanggar kita esok. Untuk memahami esok kita juga wajib mengingati kembali apa yang telah berlaku dahulu. Yang dulu dan yang kini akan memberikan gambaran apa yang akan mendatang.

AMERICAN-IMPERIALISM-1

Ingat kembali September 2008 – sistem ekonomi kapitalis dilanggar bencana besar. Krisis bermula di Amerika. Ianya dikatakan bermula dari kerja bank yang memberi pinjaman membeli rumah. Hasil dari gerak kerja ini telah merangsang ‘boom’ dalam sektor perumahan. Ekonomi yang mengelombong ini memeriahkan saku kaum pemodal. Pemaju, pembina dan penjual rumah kenduri besar.

Tetiba bank-bank ini jatuh bankrupt. Pemberi pinjaman perumahan saperti Freddie Mac dan Fannie Mae tersungkur. Fannie Mae yang diwujudkana pada tahun 1938 untuk membantu warga Amerika dizaman meleset kini tutup kedai. Suasana ini menimbulkan panik di Amerika.

Lehman Brother dan Goldman Sach – dua nama ternama dalam pasaran bursa tersungkur bangkrap. Ini hanya dua nama yang sering disebut-sebut media. Hakikatanya banyak lagi syarikat Amerika tersungkur dalam krisis ekonomi tahun 2008-09. Wabak bangkrap di Amerika telah menular ke Eropah Barat, ke Rusia – akhirnya menjadi krisis ekonomi dunia.

Ingat atau tidak bagaimana dengan tetiba penyimpan duit di Bank Northern Rock di UK beratur kerana ingin mendapatkan kembali duit simpanan mereka. Penyimpanan wang berpusu-pusu menunggu bank dibuka. Terbukti Bank ini tidak memiliki dana tunai. Akhiranya Northern Rock dimiliknegarakan.

Ingat atau tidak – wabak yang sama turut melanggar Asia Tenggara. Akhirnya kita di Malaysia mengalami keperitan ekonomi.

Ingat atau tidak bagaimana pada 3 Oktober 2008 – Pentabiran Amerika telah meluluskan Akta Darurat Kestabilan Ekonomi 2008. Melalui akta ini Presiden Obama telah mengeluarkan 700 bilion dolar untuk membantu bank, lembaga keewangan dan syarikat gergasi Amerika yang sesak nafas dari jatuh muflis. Langkah Obama menyuntik duit – bail out – ini untuk mengelakkan keruntuhan total sistem ekonomi kapitalis.

Ingat atau tidak pada akhir 2008 Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah tergesa-gesa mengeluarkan 6.95 bilion ringgit. Dana sebanyak ini digunakan sebagai rangsangan ekonomi sama saperti yang dilakukan di Amerika oleh Obama dan di Germany oleh Canselor Merkel.

Semua ini berlaku pada akhir tahun 2008 hingga masuk ke tahun 2009. Ledakan yang maha besar ini dikatakan berpunca dari gerak kerja bank di Amerika yang memberi pinjaman perumahan. Memang saheh pinjaman perumahan ini telah menimbulkan ‘boom’ – ekonomi mengelembong maju.

Hutang pinjaman perumahan yang dibuat oleh bank-bank kecil di Amerika telah dikumpul, diikat dan dijual kepada bank yang besar. Bank yang besar mengumpul dan menjual pinjaman ini kepada bank yang lebih besar. Bank yang lebih besar menjual panjaman ini ke pasaran saham dunia. Disetiap kali penjualan para broker mendapat keuntungan gendut lagi lumayan.

Sama ada disedari atau tidak pinjaman perumahan ini telah diberikan kepada warga Amerika yang tidak ada kemampuan untuk membayar. Kerana tidak ada keupayaan membayar akhir peminjam jatuh muflis. Rumah dirampas oleh bank untuk dilelong.

Tetiba bank memiliki terlalu banyak rumah yang tidak terjual. Akhiranya bank kecil jatuh muflis. Bank kecil ini mejerut bank besar yang akhir menjerut leher bank yang lebih besar. Akirnya apa yang dikenali sebagai ‘sub-prime loan ‘ atau ‘ hutang-hutang orang miskin’ ini telah meledakkan sistem kapitalis ekonomi dunia. Ini sejarah krisis ekonomi tahun 2008-2009.

DEMO-TPPA-2

Ingat kembali pada tahun 1998. Tahun dimana rakyat Malaysia mula berkenalan dan terdengar nama Soros. Ingat atau tidak – krisis ekonomi 98 bermula di Thailand. Ingat atau tidak krisis ekonomi 98 ini telah menjatuhkan Suharto. Krisis ekonomi 98 juga telah memenjarakan Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Keewagan dalam kabinet Mahathir.

Hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak stabil. Sistem kapitalis memiliki watak dimana setiap sepuluh tahun ianya akan meledak. Setiap kali meledak dentumnya semakin kuat. Bahang dan bencana yang dibawa oleh ledakan ini semakin tenat dan semakin berat.

Kali ini ledakan yang akan sampai membawa malapetaka yang maha sangat. Malah ada pengkaji ekonomi dan peramal ekonomi mengatakan bahawa ledakkan kali ini lebih teruk dari apa yang pernah berlalu. Malah ada yang meramalkan dunia akan masuk ke zaman meleset – sama saperti atau lebih teruk dari zaman ‘ Great Depression’ tahun 1930’an.

Ledakkan dunia kapitalis kali ini kerana krisis sedang berlaku di Amerika. Amerika adalah pemandu sistem dunia kapitalis. Kini Amerika sedang berhadapan dengan – krisis monetary, krisis keewagan dan krisis ekonomi.

Pertama : krisis monetary timbul kerana dolar yang menjadi wang tukaran utama perniagaan duniaTIDAK lagi bersandar dengan emas. Semenjak tahun 1971 sistem ini telah diguna pakai. Kini tahap keruntuhan sistem ini telah sampai.

Kedua :krisis keewangan di Amerika muncul kerana kerajaan Amerika ada hutang bertapok-tapok. Dari laporan Organisaton of Economic Co-operation and Development (OECD) – hingga ke tahun 2012 Amerika sedang berhutang sebanyak 16.3 trilion dolar atau 108% dari hasil pengeluaran negara.

Ketiga : krisis ekonomi muncul dari dua krisis ini. Ekonomi mengecut. Bila permintaan impot dari Amerika kurang – ini akan mengancam kestabilan ekonomi negara-negara lain.

Contoh terbaik – Malaysia adalah rakan niaga ke 10 terpenting untuk Amerika. Apabila permintaan dari Amerika berkurangan maka kilang di Malaysia akan ditutup dan ramai pekerja hilang kerja. Apa yang berlaku di Malaysia ketika ini sedang juga berlaku diseluruh dunia.

Tiga krisis menjadi lebih tenat apabila Saudi Arabia terus melimpahkan minyak mentah ke pasaran dunia. Harga minyak mentah petrol jatuh mendadak. Kini harganya dibawa 40 dolar untuk satu tong. Pada satu ketika masa dahulu satu tong boleh mencapai 80- 100 dolar. Zaman itu telah berlalu.

Negara pegeluar minyak saperti Malaysia merasa himpitan yang maha sangat. Bujet Malaysia yang baru diluluskan pada November 2015 kini hendak diubah suai. Ini kerana ketika bujet dirancang harga minyak sebagai pendapatan negara berasaskan lebih dari 40 dolar satu tong.

GST-GWA-SUKA-TIPU

Kejatuhan harga minyak dan lambakan minyak mentah ke dalam pasaran dunia ini dicampurkan dengan tiga krisis tadi menjadi kimia yang cukup indah lagi molek untuk meledakkan sistem ekonomi kapitalis hari ini.

Adakah pembaca teringat krisis ekonomi tahun 1998 dahulu? Bujet juga diubah suai oleh Mahathir. Ringgit juga jatuh. Mahathir menambat ringgit dengan dolar untuk memastikan ianya TIDAK jatuh. Mahathir dapat mengambil tindakan sademikian kerana pada ketika itu Malaysia ada dana. Harga minyak pada tahun 1998 tidak jatuh. Kini pendekatan menambat ringgit tidak dapat dilakukan oleh Najib kerana dana simpanan Malaysia telah merosot.

Kantong negara telah hampir kosong. Bukti sahehnnya : pada krisis ekonomi tahun 2008-9 – Najib telah mengeluarkan dua rangsangan ekonomi. Pertama berjumlah 6.9 bilion ringgit dikeluar pada November 2008. Ransangan kedua sebanyak 60.93 bilon dikeluarkan pada bukan Mac 2009.

Kali ini TIDAK ada ransangan ekonomi. Yang ada ialah pemotongan bujet. Siapa dan apa yang akan dipotong kita tungggu dan lihat.

Dunia kapitalis Amerika sedang behadapan dengan krisis monetary dan krisis ekonomi. Kita di Malaysia ditambah dengan satu lagi krisis. Malaysia ketika ini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Najib Razak.

Krisis keyakinan terhadap kerajaan hari ini berpunca dari sosok Najib dan Rosmah yang dilihat dan dibaca sedang dan telah memporak perandakan ekonomi negara. Sama ada ini betul atau tidak bukan persoalan. Tetapi inilah persepsi orang ramai pada ketika ini.
Ketika saya menggarap tulisan ini sebuah rencana telah muncul dalam laman Nasdag – bursa saham New York. Recana ini menasehatkan pelabur Amerika dan pelabur luar negara agar TIDAK datang melabur ke Malaysia. Nasehat nagatif ini muncul kerana rasuah sedang berleluasa. Kes 1MDB yang melibatkan Najib menjadi contoh tauladan.
Dalam ramalan ahli ekonomi satu ‘perfect storm’ atau ‘sebuah taufan’ akan melanggar. Tanda-tanda taufan ini akan sampai semakin jelas. Kiritikan dan cadangan membaiki struktur ekonomi dunia akibat dari ledakan 2008 masih tidak diendahkan. Justeru satu langgaran taufan ekonomi ini lebih ganas dari tahun 1998 dan lebih ganas dari malapetaka tahun 2008 pasti akan sampai.
Persoalan yang sering saya utarakan kepada pembaca dan kawan-kawan – apakah kita semua telah sedar akan kesampaiannya? Apakah kita telah membuat persediaan?

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme