PM Terima Hadiah Seluar Dalam…

Sekumpulan pemilik perniagaan menjual pakaian dalam yang kecewa dengan arahan perintah berkurung kerajaan Perancis telah membuat satu tindakan protes.

Dia telah mengirimkan seluar dalam kepada Perdana Menteri, Jean Castex, sebagai tanda bantahan.

Mereka menuntut agar perniagaan berkenaan dimasukkan ke dalam kumpulan perkhidmatan perlu dalam tempoh berkurung dan dibenarkan membuka operasi kedai.

Sejak awal minggu ini, seluar dalam jenis berenda dan ‘g-string’ dihantar kepada Castex dari seluruh Perancis bersama nota memohon kedai menjual pakaian dalam dibenarkan beroperasi.

Seperti perniagaan lain yang dikategorikan sebagai tidak perlu, kedai menjual pakaian dalam dipaksa ditutup pada awal bulan ini berikutan penguatkuasaan perintah berkurung ketiga bagi mengekang peningkatan COVID-19.

Latest article

More article