- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoRayuan Kes Dadah Anak Mat Sabu Bakal Didengar

Rayuan Kes Dadah Anak Mat Sabu Bakal Didengar

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur akan mendengar rayuan anak bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam pada 29 Julai ini terhadap sabitan dan hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

 

Nasar Khan selaku peguam yang mewakili Ahmad Saiful Islam, iaitu perayu (defenden), berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

 

Dia memberi kenyataan selepas dihubungi pemberita sejurus selesai pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Farah Azura Mohd Saad hari ini. Menurutnya mahkamah memerintahkan pihak mereka dan pendakwaan selaku responden dalam kes itu memfailkan hujahan masing-masing sebelum tarikh pendengaran dan Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah mengesahkan perkara tersebut.

 

Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada jam 2.05 pagi, 5 Jan 2019.

 

Berdasarkan notis rayuan difailkan pada 2 Julai tahun lepas, Ahmad Saiful Islam merayu terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun lalu yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.

 

Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam, 33, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

 

Mahkamah juga mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.

 

Ahmad Saiful Islam diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh keputusan.

 

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

 

Dia diperintahkan membayar wang jaminan RM9,000 serta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri sebulan sekali di balai polis berdekatan.

 

Bernama

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme