- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoRonaldo & Coca-Cola, Pogba & Heineken

Ronaldo & Coca-Cola, Pogba & Heineken

Cristiano Ronaldo  menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam.

 

Legenda Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan dengan media semalam.

 

Penyerang Juventus itu mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary.

 

Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen). Coke sudah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

 

Jurucakap minuman itu berkata: “Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media.”

 

 

Ronaldo, 36, sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

 

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

 

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, Ronaldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary.

 

Terbaru, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan perkara yang sama seperti yang dibuat Ronaldo selepas dia bertindak mengalihkan botol minuman alkohol, Heineken yang ketika itu menjadi prob penaja ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020, Awal pagi tadi.

 

 

Paul Pogba yang dikenali sebagai seorang pemain bola beragama Islam dan tidak meminum minuman keras kelihatan kurang fokus ketika sidang media tersebut sebelum bertindak mencapai botol itu dengan jarinya dan diletak di bawah meja yang kemudiannya meneruskan sesi menjawab soalan pihak media.

 

Hal seperti ini perlu menjadi pengajaran kepada UEFA agar berhati-hati dalam memilih penaja kerana produk seperti itu jelas tidak mewakili Atlet dan sukan oleh kerana ia tidak sihat.

 

Kejadian kesilapan penajaan ini juga pernah mendapat kritikan di Liga Perdana Ingeris (EPL) oleh kerana ditaja oleh coklat Cadbury yang jelas merupakan makanan yang sangat manis dan bergula tinggi serta tidak berkesesuaian dengan nama sukan tersebut.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme