- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
FitnessSebelum Bersenam, Ketahui 7 Perkara Asas Ini

Sebelum Bersenam, Ketahui 7 Perkara Asas Ini

Sebelum bersenam, ada tujuh perkara asas yang perlu diketahui setiap individu. Perkara-perkara ini penting untuk diberikan perhatian bagi mengelakkan sebarang kecederaan sewaktu melakukan senaman.

1. Jangan lupa melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout. Penat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi sia-sia.

2. Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.

3. Waktu yang sesuai untuk bersenam memainkan peranan besar dalam meningkatkan latihan anda. Jika anda tidak mempunyai waktu latihan yang tetap, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan anda akan kurang berdisiplin. Jadi, tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak terganggu.

4. Elak bersenam dengan perut kosong, Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah! Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada latihan tersebut.

5. Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa melakukan latihan.

6. Lakukan lebih dari satu jenis latihan, Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum. Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.

7. Hindari senaman yang keterlaluan, contohnya melakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme