- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
NutrisiSegalanya Yang Anda Harus Tahu Mengenai Kalori

Segalanya Yang Anda Harus Tahu Mengenai Kalori

Anda telah mengira kalori, membakar kalori, mengurangkan kalori dan yang paling penting  anda juga telah mengamalkan pengambilan kalori.

Namun berapa banyak yang anda harus tahu mengenai berapa unit kalori yang anda harus ambil untuk senaman dan meneruskan hari anda.

Kita di sini akan cuba membincangkan soalan-soalan mengenai kalori yang kerap ditanya oleh orang ramai yang mana boleh membantu anda untuk mendapatkan jumlah kalori yang ideal untuk tubuh anda.

apa itu kalori

1. Apakah Kalori Sebenarnya?

Kalori adalah sebenarnya unit tenaga.

Sel di dalam tubuh anda memerlukan tenaga untuk mengalirkan darah, membentuk otot dan juga bernafas – dan mereka mendapatkannya dari tiga sumber berikut iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak.

Kalori yang berlebihan akan disimpan menjadi lemak yang mana boleh menyebabkan kenaikan berat badan – ia adalah penting untuk anda tahu bagaimana untuk mengibangi pengambilan dan penggunaan kalori.

kalori keperluan

2. Berapa Banyak Kalori Yang Diperlukan Setiap Hari?

Untuk orang dewasa yang aktif berumur dalam lingkungan 31 – 50, lelaki memerlukan dari 2800 hingga 3000 kalori setiap hari dan wanita pula memerlukan dalam 2200.

Aktif mempunyai maksud yang berbeza pada setiap orang dan ini bergantung kepada faktor seperti kesungguhan dan kesihatan metabolisma (berapa efektif tubuh anda boleh membakar kalori).

kalori sebelum bersenam

3. Patutkah Kalori Diambil Sebelum Bersenam

Mereka yang bersenam kurang daripada 75 minit tidak memerlukan lebih kalori.

Namun ada pengecualian kepada mereka yang tidak mengambil makanan selama 6 atau lebih jam ataupun mereka itu jenis yang kurus kerana tiada kebaikan untuk kita mengisi perut kita sebelum kita mula bersenam.

selepas bersenam

4. Bagaimana Pula Dengan Selepas Senaman

Ya and ia adalah sangat penting untuk kita mendapatkan kalori tersebut pada masa yang sesuai dan dari sumber yang betul.

Anda tentu pernah mendengar mengenai “tetingkap anabolik” – selepas 30 minit waktu bersenam – ketika tubuh kita benar-benar memerlukan nutrisi untuk memperbaiki tisu otot secara optimum.

bilangan kalori

5. Berapa banyak yang anda perlukan?

Kadar sebenar adalah bergantung kepada berapa banyak yang telah anda gunakan dan ia tidaklah sepenting keseimbangan macro-nutrisi yang sempurna.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme