- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoSetelah 3 Kali Langgar SOP, Annuar Musa Didenda

Setelah 3 Kali Langgar SOP, Annuar Musa Didenda

Setelah tiga kali melanggar SOP, polis akhirnya mengeluarkan denda terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila mengunjungi bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi di di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu, kompaun yang dikenakan terhadap Annuar akan dibayar secepat mungkin.

 

“Berkaitan kunjungan Annuar ke Bait Badawi (kediaman Abdullah) pada Sabtu 10 Julai lalu, beliau telah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin,” menurut kenyataan tersebut.

 

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Ketereh itu.

 

Annuar pada Sabtu menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar dia berjunjung ke kediaman Abdullah dan ia kemudian menjadi tular di media sosial.

 

 

Ia menimbulkan rasa kurang senang dan mengundang kemarahan ramai kerana dibuat ketika perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) masih berkuat kuasa.

 

Mengikut SOP semasa PKPD, kunjungan ke rumah orang lain adalah dilarang dan orang awam sering diperingatkan mengenai larangan tersebut bagi memutuskan jangkitan Covid-19.

 

Bagaimanapun tidak lama kemudian Annuar memadam ciapan tersebut ketika akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang kecewa serta tidak berpuas hati dengan tindakannya.

 

“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur.

 

“Lebih dua jam bersama dan makan tengah hari masakan Tun Jeane. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Pak Lah seisi keluarga,” ciapnya pada 10 Julai.

 

Annuar melanggar SOP kali pertama pada Januari lalu, apabila dilihat berjoging dengan dua individu dari kejiranan lain.

 

Bagaimanapun, Annuar berkata pertemuan itu berlaku secara kebetulan.

 

Kali kedua dia didapati melanggar SOP pada Februari apabila dilihat makan bersama sekumpulan individu.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme