- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoSex Scam, Bagaimana Anda Boleh Mengelakkannya

Sex Scam, Bagaimana Anda Boleh Mengelakkannya

Sex scam atau penipuan berkaitan seks adalah antara jenayah yang sering berlaku di alam maya.

 

Kebiasaannya yang menjadi mangsa dalam penipuan ini adalah kaum lelaki. Sama ada yang muda, tua, bujang, malah yang berkahwin ada yang tersungkur. Modus Operadi #SexScam ini sangatlah mudah. Tapi apabila nafsu menguasai diri, yang ada sijil PhD pun kecundang.

 

Kebanyakan #SexScam ini dilakukan di platform Facebook, Instagram dan Telegram. Si Scammer akan menggunakan profile jantina perempuan dan kemudian secara rambang akan “add Friend” mangsa. Pada awalnya Si Scammer akan berbual topik biasa sehingga si mangsa berasa selesa.

 

Kemudian hubungan mereka akan menjadi rapat untuk berbual topik lucah. Jika mangsa dari awal seorang yang suka berbual tentang seks dan perkara lucah, maka makin memudahkan kerja scammer tersebut untuk menjerat mangsa.

 

Dalam masa yang sama, si Scammer akan mengumpul data-data seperti fb senarai Ahli keluarga dan rakan-rakan si mangsa melalui sumber dari media sosial. Apabila tiba masa yang sesuai, Si Scammer akan mengajak mangsa untuk Sex Video Call (VC).

 

Secara realitinya ada kemungkinan si Scammer ini seorang perempuan tulen dan mungkin seorang lelaki yang menyamar. Ada yang real video call, ada yang menggunakan video yang diambil dari laman web lucah.

 

Tapi kebanyakan video call Bog** tersebut diambil dari laman web lucah dan di Mirror kan sebagai webcam. Ada yang datang dari dalam negara ada juga dari luar negara. Dalam keseronokan Si mangsa melayan VC tersebut, Si Scammer mengambil kesempatan untuk merakam  segala aksi yang berlaku.

 

Selesai beraksi, Si Scammer akan mengugut mangsa untuk mendapatkan wang ringgit. Jika tidak dibayar, maka video tersebut akan disebar kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan akan di upload di web lucah / group whatapps dan telegram.

 

Ada seorang mangsa setelah dibayar pun si Scammer masih meminta lagi duit dan total kerugian hampir RM5000 yang dibayar secara berperingkat. Kebanyakan mangsa malu untuk buat laporan polis dan risau diketahui oleh ahli keluarga.

 

Nombor akaun bank yang diterima kebiasaanya menggunakan nombor akaun penjual barangan dan nombor akaun bank tauke judi online. Ada juga yang menggunakan akaun bank penjual shopee yang deal secara luar platform. Malah ada juga menggunakan akaun bank rakyat tempatan untuk dijadikan sebagai “keldai” tunggangan.

 

Teknik ini menyulitkan lagi pihak berkuasa untuk menjejak scammer tersebut. Purata yang ugutan yang diminta kebanyakan berjumlah diantara dalam lingkungan RM1000 hingga RM5000.

 

Apa yang anda boleh buat untuk mengelak atau yang terjebak dengan #SexScam ni?

 

  1. Kalau dah terkena, mudah saja iaitu JANGAN BAYAR. Block FB scammer tersebut. Bertaubatlah dan pergi tidur walaupun hakikatnya tak lena tidur. Ha ha ha. Sebab apa? Sebab bukan kau sorang je jadi mangsa. Berpuluh-puluh aduan diterima pihak berkuasa dan NGO setiap hari. Lebih merisaukan ada salah seorang mangsa setelah bankin RM1000, si scammer masih memberi ugutan.

 

  1. Jangan menggatal dan jangan approve friend request dari profile yang mencurigakan.

 

Kredit : FB Dragon Force Malaysia

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme