- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoSisi Negatif Bekerja Dari Rumah (BDR) Mula Kelihatan

Sisi Negatif Bekerja Dari Rumah (BDR) Mula Kelihatan

Seorang perunding sumber manusia serantau mendedahkan bahawa sisi negatif daripada bekerja dari rumah (BDR) telah mula kelihatan dengan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat, penyalahgunaan maya dan keseimbangan kerja-kehidupan yang mula terjejas.

 

Antara aduan yang diterima termasuklah terpaksa mengorbankan masa peribadi, majikan yang mendesak, kurangnya keseimbangan kerja-kehidupan, menyelesaikan konflik majikan-pekerja pada mesyuarat kumpulan dan keengganan pekerja untuk menyuarakan kebimbangan akan kehilangan pekerjaan mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GKK Consultants Sdn Bhd, Gajendra Balasingham.

 

“Ramai pekerja yang memilih untuk bersabar dengan sikap majikan yang mendesak dan tidak sensitif dan ketika negara masih lagi meneruskan sekatan pergerakan penuh bagi membendung pandemik COVID-19, ramai orang yang mula mempersoalkan sejauh mana produktifnya BDR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau, bagaimanapun menasihatkan pekerja agar bersabar dengan situasi sekarang hingga keadaan kembali normal dan mereka dapat membuat pilihan yang lebih baik.

 

Namun, katanya, tidak dinafikan banyak sisi positif yang diperoleh kedua-dua majikan dan pekerja daripada norma baharu kerja ini, terutama dari segi penjimatan bagi kedua-dua pihak, yang mana majikan boleh menjimatkan sewa pejabat, bil utliti dan perbelanjaan perjalanan dan keraian.

 

Manakala pekerja boleh berjimat kos pengangkutan, masa yang dihabiskan dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja dan bagi sebahagian malahan berjimat perbelanjaan penjagaan anak kerana mereka berada di rumah sepanjang masa.

 

Gajendra yang menawarkan khidmat perundingannya di sembilan negara Asia dan telah menganjur serta menghadiri beratus-ratus mesyuarat maya, menggariskan beberapa petua berguna bagi majikan dan pekerja termasuk menyarankan mesyuarat maya dihadkan dalam tempoh masa yang kondusif, sebaiknya tidak lebih 30 minit.

 

Kedua-dua pihak harus mempunyai pengurusan masa yang teratur, majikan perlu menghormati ruang privasi antara satu sama lain dan menentukan batas-batas antara masa kerja dan elak daripada mengganggu kehidupan peribadi pekerja, manakala pekerja pula perlu berdisiplin mematuhi masa kerja dan bekerja bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan mereka.

 

Dalam situasi konflik pula, beliau menasihatkan sebarang masalah dibawa berbincang dan diselesaikan antara majikan danpekerja dan bukannya semasa mesyuarat kumpulan.

 

“Nasihat kami kepada pekerja untuk mendepani masa depan dengan penuh keyakinan, adalah terus meningkatkan dan menambah baik kemahiran dalam pelbagai bidang teknologi maklumat dan bergerak seiring dengan keperluan perubahan dunia,” katanya. – BERNAMA

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme