- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoMenjadi Sukarelawan Hospital

Menjadi Sukarelawan Hospital

Sukarelawan adalah manifestasi atau kesediaan seseorang yang ingin berbakti atau memberi perkhidmatan atau sumbangan secara sukarela dengan rela hati dan ikhlas, tanpa paksaan serta tidak mengharapkan sebarang ganjaran material.

 

Objektif Perkhidmatan Sukarelawan Adalah:

  • Membantu memberi sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan, emosi dan kerohanian kepada pesakit semasa mereka menjalani program rawatan dan pemulihan di hospital.
  • Membantu pesakit menerima hakikat penyakit yang dihadapi serta rawatan dan pemulihan yang diberi.
  • Menyemaikan perasaan kasih sayang dan tolong menolong sesama insan.
  • Menggalakkan kerjasama antara anggota hospital dan masyarakat demi kebajikan pesakit.

Kelayakan Menjadi Sukarelawan

Sukarelawan yang berminat untuk membuat kerja-kerja sukarela di hospital perlulah mendaftarkan diri mereka mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak hospital.

Semua orang layak menjadi sukarelawan asalkan ada minat dan masa untuk melaksanakannya bagi membantu pesakit-pesakit di hospital khususnya dari segi sokongan emosi, psikososial dan kerohanian. Terdapat dua kategori sukarelawan di hospital iaitu;

  • Sukarelawan Muda yang berumur 13 hingga 18 tahun
  • Sukarelawan Dewasa yang berumur 18 tahun ke atas

 

 

Peranan Sukarelawan

Berbagai-Bagai Peranan Boleh Dilaksanakan Oleh Para Sukarelawan Di Hospital, Antaranya Ialah:

  • Membantu menguruskan keperluan harian seperti mencuci rambut dan memotong kuku bagi pesakit tidak upaya dan yang tiada saudara mara di wad.
  • Membantu pesakit yang kurang upaya dan pesakit tua di Klinik Lanjutan Pakar dan Pesakit Luar.
  • Memberi sokongan emosi terutama kepada pesakit yang memerlukan agar mereka dapat menerima hakikat penyakit yang dihadapinya.
  • Mengendalikan perpustakaan dalam wad atau perpustakaan bergerak ke wad-wad bagi memberi peluang kepada pesakit mendapatkan bahan-bahan bacaan.
  • Memberi sokongan kerohanian kepada pesakit-pesakit yang sama kepercayaan agama.
  • Menganjurkan aktiviti sosial seperti perjumpaan dan jamuan untuk pesakit kanak-kanak dan pesakit jiwa.
  • Membantu menjadi penterjemah bagi pesakit yang bermasalah dalam penggunaan bahasa.
  • Membantu mendapatkan alat-alat perubatan yang tidak mampu dibeli oleh pesakit seperti kerusi roda, tongkat, tilam khas, suction pump dan lain-lain.

 

 

Had, Batasan Dan Etika

Semasa Memberi Perkhidmatan, Sukarelawan Hendaklah Mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Mempunyai Etika Yang Telah Ditetapkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Seperti:

  • Tidak campurtangan dengan semua proses rawatan pesakit.
  • Merahsiakan semua maklumat pesakit.
  • Memastikan semua kenyataan perubatan pesakit adalah sulit.
  • Mengawal penglibatan emosi dan fizikal dengan pesakit.
  • Tidak bersikap diskriminasi terhadap warna kulit, bangsa, agama, status dan sebagainya.
  • Jujur dan amanah.
  • Menghormati kepercayaan dan agama pesakit.
  • Tidak melibatkan diri dengan tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang dan peraturan.
  • Sentiasa memakai tanda nama semasa berada di hospital.

 

Larangan Tempat Bertugas

Sukarelawan dibenarkan masuk dan memberikan perkhidmatannya kepada pesakit-pesakit dalam kawasan hospital kecuali tempat-tempat di bawah ini atas sebab-sebab keselamatan dan jangkitan penyakit.

  • Unit Bersalin
  • Dewan Bedah
  • Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • Unit Rawatan Jantung (CCU)
  • Unit Rawatan Bayi (SCN)
  • Unit Rekod Perubatan
  • Bilik Pengasingan (Isolation Room)
  • Tempat-tempat lain yang dimaklumkan oleh petugas wad

 

 

Carta Aliran Permohonan Sukarelawan

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme