- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoTeruna Kahwin 2 Janda Muda Serentak

Teruna Kahwin 2 Janda Muda Serentak

Seorang pemuda berusia 20 tahun dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat baru-baru ini menjadi tular kerana menikah dua wanita sekaligus.

 

Menurut laporan Suara.com, rupa-rupanya kedua-dua isteri lelaki bernama Korik Akbar itu ialah janda muda.

 

Video yang memaparkan majlis pernikahan Korik dengan Khusnul dan Yun secara serentak menjadi tular di internet dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum mereka terhadap lelaki tersebut.

 

Dalam majlis yang dikatakan berlangsung di Lombok itu, seorang lelaki yang lengkap dengan persalinan pengantin sedang duduk sambil diapit oleh dua orang pengantin perempuan cantik.

 

Turut berada di hadapan mereka ialah seorang lagi lelaki dipercayai jurunikah kelihatan bersiap sedia untuk menikahkan pasangan tersebut.

 

Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh tetamu yang duduk di atas sebuah permaidani di hadapan pasangan pengantin.

 

“Tular lelaki dari Lombok nikahi dua wanita sekali gus. Kedua-duanya cantik dan masih muda,” tulis pengguna akaun @smart.gram dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram.

 

Rata-rata pengguna mengagumi lelaki tersebut dengan meninggalkan komen yang meminta agar mereka turut diajar ‘ilmu’ kahwin dua secara serentak.

 

“Ambil saya jadi muridmu,” komen seorang netizen.

 

“Mari kita berguru dengannya @bima_anugrah05,” tulis seorang lagi pengguna.

 

Menurut Korik, dia terlebih dahulu bercinta dengan Khusnul Hotimah, 20, sejak 2011 dan mula menjalin hubungan dengan Yun Nitanuri, 21, pada 2016 selepas wanita itu bercerai.

 

Apabila Khusnul menyedari Korik mempunyai kekasih gelap, dia bertindak berkahwin dengan calon pilihan ibu bapanya.

 

Baru-baru ini, apabila menyedari Korik bakal menikah Yun, Khusnul datang ke majlis perkahwinan lengkap berpakaian pengantin dan minta untuk dimadukan.

 

“Pengantin perempuan kedua dipercayai telah diceraikan selepas suaminya diambil orang. Lalu apabila mendengar mantan kekasihnya bakal berkahwin, dia datang dan minta untuk dinikahi juga.

 

“Saya hanya mampu menggeleng kepala dengan situasi ini, entah apa mahu jadi dengan masyarakat kita. Namun, pernikahan diteruskan kerana mendapat persetujuan daripada semua pihak,” kata Ketua Pejabat Pemberdayaan Wanita, Perlindungan Anak, Kawalan Penduduk dan Perancangan Keluarga (DP3AP2KB) Lombok Tengah, Mulyardi Yunus.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme