- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoTrending di Laman Sosial, Ustaz Ebit Liew dan Caprice Berkonflik Kerana Gaza?

Trending di Laman Sosial, Ustaz Ebit Liew dan Caprice Berkonflik Kerana Gaza?

Kontroversi melibatkan penyanyi Caprice dan pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew menyebabkan kedua-dua nama tersebut kini trending di Twitter.

 

Sehingga jam 5 petang Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli diciap sebanyak 202,000 kali manakala Ebit Lew lebih 27,600 kali.

 

Media sebelum ini melaporkan, kontroversi berkenaan didakwa dicetuskan oleh Caprice apabila menegur Ebit selepas dia menerima rungutan daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.

 

Caprice yang kini dalam Misi Kemanusiaan Untuk Palestin mendakwa kecewa dengan pendakwah terkenal itu kerana menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza sebagai bahan kandungan di media sosial.

 

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen berharap isu antara mereka dapat diselesaikan tanpa perlu dihebohkan di laman sosial.

 

“Kesian tengok ustaz Ebit Lew. Baru sahaja kehilangan ayah ‘tup tup’ Caprice pula bagi tekanan. Kalau ia pun rilek la dulu bang, jangan gelojoh sangat. Bincang bagus-baguskan boleh. Kenapa perlu hebohkan di media sosial?” soal afendi_sulaiman.

 

Selain itu ada juga netizen yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan berharap pihak yang benar akan sentiasa menang.

 

Penyanyi dan aktivitis, Caprice, 32, mendedahkan konflik yang berlaku antaranya dengan Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan disebabkan dia mengalami kemurungan.

 

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, gangguan fikiran itu berlaku susulan terbit kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

 

“Ramai cakap saya mengalami kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu. Ini bukan isu kemurungan tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan.

 

“Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” katanya.

 

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir menegaskan dia terpaksa meluahkan kekecewaan itu akibat hubungan baiknya dengan UEL kini renggang disebabkan campur tangan pihak luar.

 

Dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih kerana dia sangat menyanjungi serta menjadikan aktivis itu sebagai idolanya.

 

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza. Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan pihak lain. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

 

Dia turut mendedahkan di Instagram Stories bahawa dia mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama. Namun, ia tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain.

 

“Ketika tiba di Kaherah, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada ‘pihak lain’ yang masuk campur. Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi begini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

 

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada ‘tangan’ dari luar yang tak mahu lihat saya ke sana,” katanya.

 

Disebabkan pendedahan itu, ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal. Sejak beberapa hari lalu, namanya jadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza.

 

Malah, dia turut mendedahkan UEL menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

 

Terdahulu, Caprice berkongsi dia pergi seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang sudah lama diimpikannya.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme