Tular Surat Nikah Timbalan Menteri Secara Online!

Orang lain yang heboh digosipkan dengan selebriti, tapi orang lain pula yang bernikah secara senyap-senyap. Beberapa pengguna Facebook, telah memuatnaik sekeping surat nikah yang dipercayai milik Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II dan beberapa tangkap layar perbualan whatsapp beliau.

 

Ahli Parlimen Tumpat (P019), Dato’  Haji  Che Abdullah Mat Nawi dikatakan telah melangsungkan perkahwinan untuk kali ke-4 dan memperolehi surat nikah dari Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand walaupun negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sempadan negara masih belum dibuka.

 

 

Terpampang jelas pada surat nikah tersebut nama ahli parlimen tersebut sebagai pengantin lelaki dan nama pengantin wanita yang hanya dikenali sebagai Nor Fariesha.

 

Malah terdapat juga video tiga orang lelaki dalam satu bilik hotel yang dipercayai beliau sendiri bersama 2 orang saksi perkahwinan sedang mengadakan upacara pernikahan melalui panggilan telefon.

 

Seperti biasa, ramai netizen mempersoalkan bagaimanakah rakyat Malaysia dapat melakukan rentas negara jika perkahwinan itu diadakan di hotel di Thailand.

 

Namun jika ia bukan diadakan di Thailand, bagaimana pula Che Abdullah berjaya memperolehi surat nikah dengan begitu pantas memandangkan keadaan sempadan yang masih ditutup.

 

Warganet  turut mempersoalkan adakah sah akad pernikahan beliau yang dijalankan melalui panggilan telefon sahaja dan pengantin perempuan menggunakan wali hakim, sedangkan pengantin perempuan dikatakan masih mempunyai wali nasab yang masih layak.

 

Memang banyak persoalan yang tidak berjawab dan menimbulkan keraguan serta kritikan mengenai tindakan Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan II ini.

 

Beberapa tangkap layar perbualan di antara beliau dengan isterinya mencetuskan troll dan jenaka di kalangan warganet. Ia adalah mesej-mesej beliau seperti memujuk isterinya yang marah dengan tindakannya yang mungkir janji dan dilihat mengabaikan wanita tersebut selepas selesai bernikah.

 

 

Warganet dilihat meninggalkan komen-komen mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru di laman Facebook rasminya, Che Abdullah Mat Nawi – DCL

 

Che Abdullah pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi yang membangkitkan kemarahan netizennya. Antaranya ialah bahawa lebih baik berkahwin pada usia muda daripada terjebak dalam pergaulan bebas.

 

Malah, dalam kehangatan kempen kibar bendera, Che Abdullah juga memberi kenyataan mengkritik tindakan tersebut sebagai kering idea.

 

Berkenaan dengan pernikahan melalui online atau telefon, Mufti Negeri Selangor telah memberikan kenyataan berhubung perkara itu, iaitu tidak sah dan tidak diiktiraf oleh negara ini.

 

Latest article

More article