- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoZakar Terkunci Selama 2 Minggu

Zakar Terkunci Selama 2 Minggu

Seorang lelaki bujang menderita kecacatan zakar kekal selepas organ tersebut tersangkut pada mangga kunci selama dua minggu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

 

Lelaki berusia 38 tahun itu mengepit kemaluannya pada satu mangga besi, namun dia tidak sengaja menghilangkan kuncinya, menyebabkan zakarnya mula membengkak.

 

Dia cuba membuka mangga kecil itu, namun gagal lalu membiarkan sahaja alat itu tersangkut pada kemaluannya selama dua minggu sehingga berlaku jangkitan dan menjadi terlalu sakit. Dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di Bangkok.

 

Ibu lelaki itu memaklumkan kepada petugas perubatan bahawa anaknya suka memasukkan zakarnya ke dalam lubang-lubang kecil.

 

Tambahnya, anak lelakinya itu tidak mempunyai teman wanita dan berasa bosan kerana terlalu lama berkurung dalam rumah akibat pandemik Covid-19.

 

“Anak saya seorang yang suka berahsia dan tidak mempunyai teman wanita. Dia telah lama terkurung di dalam rumah kerana bimbang untuk keluar akibat pandemik,” kata wanita itu yang amat malu dengan tindakan anaknya.

 

Pasukan perubatan mengambil masa 30 minit untuk memotong mangga kunci itu dengan menggunakan pemotong elektrik.

 

Walaupun sudah berjaya dikeluarkan daripada mangga kunci itu, pasukan perubatan memaklumkan bahawa insiden itu mungkin mengakibatkan kerosakan berkekalan kepada zakar kerana ia telah tersekat terlalu lama.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme